26 May 2010

Aku yang gagal

Assalamualaikum...

Astagfirullahhal azim... Ya Allah ya Tuhanku, engkau ampunkanlah dosa-dosaku. Sesungguhnya aku ini hambaMu yang lemah. Banyak melakukan dosa di muka bumi milikMu ini. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Sebagai seorang pensyarah, aku telah melakukan segala-gala yang terbaik untuk semua pelajar. Memberi ilmu segala yang aku tahu. Berusaha membantu mereka sedaya mungkin.

Sepanjang semester, tidak sedikit pun aku mengabaikan mereka. Aku usahakan segalanya. Isteri yang berada jauh kadang-kadang terabai hanya kerana mereka. Cuti yang sepatutnya diluangkan bersama keluarga dilaburkan untuk mereka. Tanggungjawab.

Setiap kali kuliah, 2 jam sekurang-kurangnya aku mem'bebel'. Dua jam perit rasa tekak tanpa henti bercakap. Dua jam juga tanpa jemu melayan kerenah mereka. Tanggungjawab.

Tapi, adakah ini hasilnya? Adakah ini ganjaran buatku? Kenapa? Apa lagi yang aku tak lakukan untuk kamu semua pelajarku?

Kecewa. Adakah aku yang gagal atas kegagalan pelajar-pelajarku?

Catatan SCHA: Bimbang bi gagal menjadi suami dan abi yang baik...

5 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

sedihnya membaca luahan seorg lecturer ni... bersabar je la ya..

zul said...

tulah pasal...sedang bersedih skrg ni...

syaf said...

alamak bro, cool bro, lu jangan salahkan diri lu, dieorg gagal sebab dieorg malas, bukan sebab lu x reti ngajar...wish u luck

fADzly (Wak Palik) said...

tanya student ko, bersalah tak dapat gagal..

zul said...

syaf:tq... adui, tp aku nak kena jawab dlm meeting exam..

wak: tak sempat nak tya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...