24 May 2010

Derita hujung minggu...

Assalamualaikum...

Hari ini siri entry jiwang diteruskan. huhuhuhuhu. (That y Uncle Syaf call me Zul Jiwang). Ko tak kawin lagi, apa ko tau. huhuhuhu..

Minggu ni, genaplah 3 minggu, rumah dan tangga aku tidak bertemu. Samada lokasinya Kuantan, Melaka or Sabak Bernam, semuanya tidak dijengah. Usah ditanya kenapa..(huh, jgn ader sesaper wat spekulasi aku gaduh ngan wife aku)..


Cuba korang bayangkan, tahun pertama aku berkahwin, dan tahun pertama juga aku menyambut besday wife aku as suaminya. Tapi aku tiada di sisi isteri tercinta di waktu itu. Perasaan? Hanya Allah yg tahu. Terlalu sukar. Ralat. Sepi.

Ramai yg cakap, 'tak patut ko tak jumpa wife di hari jadi dier', 'apa punya suami ah ko ni', 'ish, klu aku jadi isteri ko, sah2 aku merajuk panjang'... Mereka hanya mampu menghamburkan kata2... mereka tiada dlm situasi aku kini. Kalau mereka di tempat aku skrg, belum tentu mereka mampu hidup pon.

Namun, bertapa bertuahnya aku punya isteri yg sangat memahami. Sedar setiap kekangan yg dihadapi suami. Faham situasi suami. Cintakan suami walau apa pon.

Apa yang mampu aku lakukan di hari jadi isteri tercinta, hanya mengirimkan kek coklat hasil garapan KAK Nani (model 80 an). Tq kak nani sudi delivery kek sampai ke Putra Height. Surprise, but not too surprise. Aku tahu isteriku menantikan kejutan kehadiranku. But sori syg.

Pon begitu, khamis ini, rumah dan tanggap pasti bersatu. Cuti dah dimohon. Pertemuan yang pasti mengukuhkan kasih sayang.

P/s: katanya, baby kerap tendang menendang perut ibunya... rindukan abi ke?

Catatan SCHA: Nantikan kepulangan bi yek...

4 comments:

xeea said...

sabar je lah, bro.
tu je yg aku boleh cakap.
ckp2 lain, mmg tak jalan.

org lain yg tak merasa, mmg tau cakap je. silap hari bulan, mcm rasa nak sumbat je mulut dorang ngan selipar, kan? :p

Aujinz said...

sabarlah sayang....

huhuhuhu...

zul said...

xeaa: tul tu... sesuka hati jek mulut bercakap.. sabar jelah..

aujinz: ish, geli plak....

ftrhd said...

mesti wife bro rasa terharu bila makan kek tu..ermm insyaallah nanti ada baby terubat sikit kesunyian tu :) all the best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...