01 June 2010

Bagaimana nak tingkatkan HB darah?

Assalamualaikum...

2 hari ni aku update agak lewat, byk urusan peperiksaan perlu diselesaikan.

Semalam, aku ada berborak dengan isteri tercinta. Beliau baru sahaja menjalani pemeriksaan kesihatan biasa bagi ibu mengandung.

Semuanya OK kecuali bacaan HB darah beliau makin menurun. Bermula seawal sebulan mengandung lagi, HB isteri aku tu sentiasa di bawah 11... Makluman, bacaan HB normal adalah 11 dan ke atas.

Namun bacaan tersebut makin menurun. Sehingga semalam bacaannya pada tahap 8.4. Amat rendah.

Ia membuatkan aku sangat risau dan tidak tenteram. Macam2 yg telah diusahakan. Makan hati ayam/lembu, makan ikan bilis banyak2, minum susu, sayur bayam dan sebagainya. Namun hasilnyer kurang memberansangkan.

Justeru, mohon kepada kawan2 yg ader ilmu serba sedikit utk memberi maklum, apa yg perlu aku lakukan bagi menyelesaikan masalah HB rendah ni? Tolonglah yek.


Catatan SCHA: Semoga semua akan selamat.

7 comments:

Red Linda said...

semoga semuanya baik2 belaka...tq sebab link kan my blog at ur blog.

salam perkenalan.

saya add ur blog @ my list jugak ok:)

Anonymous said...

semoga semuanya baik2 belaka...tq sebab link kan my blog at ur blog.

salam perkenalan.

saya add ur blog @ my list jugak ok:)

kat sini -> http://koncokoncored.blogspot.com

Miss Mirror a.k.a Sam said...

nampaknya Azita menerima nasib spt akak time pregnant dulu..so nasihat akak...
1)jgn lupa mkn segala vitamin2 yg doktor tu bg...Jgn ponteng2 ya.
2)seafood..akak masa tu mmg terpaksa force diri mkn segala benda yg akak pun loya time tu..
3)kekacang ~ kacang tanah..sangan.

last2 akak tak dpt memenuhi impian doktor...terpaksa la akak kena inject inferon selama 10 hari berturut2.. Ya Allah...siksanya...so Azita..sebelum jd mcm akak..kena pastikan HB ok baru jumpa DR.

Aujinz said...

errr..

aku tak tau laa bro...
nak komen ape...huhuhu

zul said...

red: tq, salam perkenalan

MM: sangan tu aper?... tulah pasal, doktor dah ckp, klu tak naik gak, kena inject...

aujinz: tu kira komen gak ah tu...hahahha

atiza said...

MM: tq so much for the advice.. huhu tak nk kena cucuk..kena la paksa diri makan n mengunyah kekacang tu..

ct zaharah said...

salam zul..sht? ita sht ke? tuk tingkatkan HB..cuba mkn pil iberet folic..kt farmasi ada jual..try la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...