29 June 2010

Hati saper yg busuk?

Assalamualaikum semua...

Semalam takde wat entry baru sbb sibuk baru bukak sem dan ader kursus. Hari ni pon kursus gak till esok.

Amaran keras: Entry ini buat org2 yg berhati busuk. Sesiapa yg tak tahan baunya, sila pakai penutup hidung.

Pagi tadi, aku dengar dlm radio IKIM ader sebut. "Diam bukan bermakna kita bodoh. Kadang2 banyak cakap akan mengeluarkan kebodohan kiter"

Kalau selalu sangat bercakap pon, akan membuatkan telinga kiter tuli, tak mau dengar pendapat org lain. Lagi2 mereka yg bercakap berlandaskan kuasa dan ego.

Dengar sini wahai org2 berhati busuk, kalau nak bercakap biar menggunakan ilmu. Jangan sesuka hati ko jek nak taram org itu, taram org ni menggunakan nafsu dan emosi semata-mata. Ko tak suka org tu, ko hantam dier sampai 'kemek'. Member tu pon ader anak bini gak nak bagi makan. Yang ko duk tabur pasir dalam periuk nasik org tu, korang tak takut dosa ker?

Wahai org2 yg berhati busuk, biar besar mana pon kuasa korang, jgn sampai korang lupa org di bawah ni. Jangan korang ingat korang ader pangkat besar, korang bleh sesuka hati nak rampas hak org yg di bawah. Jangan kerana korang nak senang, korang susahkan hidup org yang kat bawah ni. Korang bukan tuan dan kami bukan kuli. Besar sgtkah martabat korang sampai kami korang pandang sipi2.

Wahai org yg berhati busuk, jgn terasa diri korang maksum dan sibuk mencari dosa org lain. Kalau korang cari kelemahan, maka korang hanya nampak keburukan, jika korang pandang kelebihan maka itulah yg akan korang ketemu. Susah sangat ker nak mengakui kebaikan org lain? Terjejas ke maruah korang kalau mengakui kebaikan org lain? Manusia tak sempurna. Korang jugak tak lari daripada kesilapan. Siapa kamu nak menghukum orang lain sehingga org lain sengsara?

Wahai korang yg berhati busuk, jgn korang ingat org di bawah ni diam kerana kami lemah. Jangan korang ingat, korang saja yg pandai nak marah dan simpan dendam. Kami juga tahu maksud marah dan maksud berdendam. Jgn sampai senyuman menjadi sumpah seranah. Jangan sampai sapaan jadi sepakan. Korang pon tahu, siapa korang dan siapa kami. Sila fikirlah sendiri.

Kami bukan mahukan sanjungan. Kami tak harap pon puji-pujian. Jauh sekali kami mengharap dipuja-puja. Kami hanya mahu hak kami. Apa yg kami layak terima sewajarnya diberikan pada kami. Kalau banyak hak kami, banyaklah yg wajar kami dapat. Kami sedikit hak kami, maka sedikitlah. Ingat, golongan teraniaya, doanya Allah makbulkan.

Aku ni tumbukkan cili jek, saper yg makan tu, dierlah yg rasa pedasnyer.

Catatan SCHA: Miss u...

6 comments:

En iLHAM said...

fuh
panas entry kali ini
apapun mulut manusia ni memang susah ditutup
apetah lagi sifat dengki
memang susahla nak dibuang
banyak bersabar ye en zul

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Akak yg baca pun sama2 rasa mcm nak marah nih...:D Hehehe... bersabar Zul.. semoga Allah membukakan pintu kesedaran pd insan yg Zul marahkn sgt tu.. sedekahkan Al-Fatihah utknya mudah2an dia berlembut hati.

xeea said...

terbaikkkkkkkkk!!!

aku baca entri ni sambil dok terbayang gaya ko tgh berdebat.

Aujinz said...

rilek rilek sayang..
muahahhaha..


der..
kalau tak..takde laa neraka..
hik hik hik..

syaf said...

betul gak dok ape ko ckp,
se7

link blog aku yg baru http://uncle-syaf.blogspot.com/

A Journey of Hafiy Hasha said...

wahai orang2 kat bawah ... orang kat ATAS ni duk kat kayangan .... hrmmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...