13 December 2011

Pengumuman!!!

Setelah terlalu lama bertapa...

Setelah begitu lama mengumpul sawang...

Setelah berkurun menyepi diri...


1st jan 2012

I'M BACK!!!

~under construction for re-opening~

28 January 2011

Akibat makan banyak limau...

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.

Sekarang ni mode CNY. So banyak ah kedai jual limau lokam.

Aku pon dan makan banyak sangat lokam ni.

Kat umah dah beli 2 kotak, p/raya tempoh hari beli 25 utk jabatan.

Limau. Limau. Limau.

Orang cakap macam-macam. Ada yang kata kalau byk makan limau lokam ni mudah sakit tekak dan batuk.

Lagi satu ramai gak yang cakap, limau ni banyak letak 'ubat' dan racun. Menjejaskan kesihatan.

Tapi setakat ni aku belum menunjukkan sebarang simptom-simptom ketidaksihatan aku sebab makan banyak sangat limau.

Oh lupa plak. Memang makan limau ni ada akibat nya.

Akibatnya, emmm... akibatnya, AKU AMBIK CUTI CNY SEMINGGU... lalalalallalala... daaa...

Catatan SCHA: tak sabar nak jumpa malam ni... kita akan bercuti bersama-sama.

25 January 2011

Hangat: Pilihanraya Tenang...? Esok hari mengundi...?

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia.

Amboi, ramai plak tersangkut dalam blog aku sebab tajuk cukup kontroversi...

Ramai jugaklah duk wat spekulasi yang entah apa-apa entah...

Sajer letak tajuk macam gempak... padahal yang ado...

Pilihanraya Tenang kekal seperti yang diwar-warkan oleh SPR... takde maknanya esok mengundi...

Tapi selaku Pengarah Pilihanraya Pemilihan JPP POLISAS 2011, saya memaklumkan esok adalah hari membuang undi seperti yang termaktub di dalam notis Pilihanraya Pemilihan JPP POLISAS 2011 bertarikh 6/1/2011...

So, kepada semua pelajar-pelajar POLISAS, hangpa semua kena turun mengundi. Sapa tak pi mengundi, aku 'sunat' sorang2...

Pening kepala, banyak lagi mende tak settle... cau dulu... cau bedah....

P/S: Gabra sat Tok Ai ngan Cikgu Mala...hahahahha... sori... sori naik lori...

Catatan SCHA: 4 hari lagi...yeaaayyyy

24 January 2011

Tiba-tiba, rasa sangat tidak sabar...

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia...

Hari ke-8 tidak bertemu Auni dan Uminya. Minggu ini tidak menjengah ke Sabak Bernam. Kenapa?

Terasa rindu yang amat pada keduanya. Rindu sangat nak mendakap keduanya. Rindu sangat nak bergurau senda dengan keduanya.

Kenapa aku masih di Kuantan kalau sebaiknya aku di Sabak Bernam?

Sabar. Sabar. Sabar.

Dah macam-macam helah aku gunakan untuk memujuk hati ini. Tapi makin hari makin dah tak makan dipujuk.

Sabar. Sabar. Sabar.

Mungkin ini yang terbaik untuk aku, isteri dan anak. Allah merancang sesuatu yang baik untuk kami.

Ya Allah, jika ini ujian yang perlu kami hadapi saban hari, aku redha. Tetapi, Tuhanku yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, kami hambamu yang lemah. Berikanlah hikmahMu pada kami. Kurniakanlah kenikmatanMu buat kami. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Merancang sesuatu yang terbaik buat hambaNya.

Sabar. Sabar. Sabar.

Aku sudah tidak mampu bersabar lagi. Saban hari, hati tidak tenteram. Keselamatan isteri dan anak sentiasa menjadi kebimbangan.

Sabar. Sabar. Sabar.

Cemburu membuak-buak bila melihat rakan sepejabat bergegas pulang ke rumah sebab isteri dan anak setia menanti di rumah. Aku pula, hanya mampu membayangkan isteri dan anak sudah di rumah nun 330km jauhnya.

Cemburu mendengar rakan-rakan menceritakan karenah anak di rumah, sedangkan aku hanya dapat membayangkan setiap laku anak melalui cerita isteri di corong telefon.

Sabar. Sabar. Sabar.

Sampai bila aku boleh bersabar?

Catatan SCHA: Sangat merindui syg dan Auni di ketika ini...

19 January 2011

Adik minta maaf mama...

*Sekadar gambar hiasan.

^Sebuah lagi kisah dari Motivasi Pagi. IKIM.FM. Menurut pencerita cerita ini dimuatkan dalam buku "U Turn Ke Jalan Lurus". Aku olah sikit citer ni.

Sepasang suami isteri pasti mengimpikan lahirnya zuriat yang akan membawa kebahagiaan dalam rumah tangga. Namun rumahtangga yang dibina Eli (bukan nama sebenar) bersama Danish (juga bukan nama sebenar), tidak dikurniakan dengan nikmat dunia itu, setelah hampir 8 tahun berumahtangga.

Eli seorang yang perpeksionis, semuanya mahu kemas dan tersusun, tidak boleh ada yang berselerak, pasti cepat-cepat dia kemaskan.

Pasangan suami isteri ini cukup dikenali dikalangan jiran tetangga sebagai pasangan yang cukup baik. Sering menghantar buah tangan ke rumah jiran-jiran, mengambil tahu kemaslahan tetangga dan tidak lokek jika diperlukan pertolongan.

Mereka sering mengadu nasib kepada tetangga berhubung soal zuriat ini. Pelbagai usaha telah dilakukan. Banyak sudah bomoh dan pawang ditemui. Berbotol-botol air jampi telah ditelan Eli. Ramai sudah doktor ditemui. Bermacam-macam kaedah sudah dicuba. Namun cahaya mata yang dinanti tidak juga kunjung tiba.

Namun Allah maha berkuasa. AKhirnya Eli mengandung juga.

Kegembiraan tidak dapat digambarkan. 9 bulan terasa begitu lama kerana menanti anak yang dikandung muncul di depan mata.

Akhirnya lahirlah Kalis (bukan nama sebenar) ke dunia dengan sambutan yang luar biasa. Kedua-dua keluarga bergembira. Cucu yang dinanti-nanti akhirnya di depan mata.

3 tahun berlalu. Sikap Eli yang sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan itu, tidak langsung turun kepada anaknya Kalis. Kali cukup degil, diselerakkan seluruh rumah. Jumpa akhbar lama, habis dikoyak-koyakkannya. Pantang lihat kain, diselerakkannya, langsir rumah Eli sudah 5 6 kali jatuh menghempap bumi. Kalis sukakan keadaan yang berselerak.

Eli mula rasa tidak sabar. Sering dia memukul anaknya itu. Dicubit-cubit anaknya kerana sudah tidak berdaya mengemas rumah. Mahu dicekik-cekik anak tunggalnya itu.

Suatu hari, selesai sahaja Eli mengemas rumah, dia ke dapur untuk menyediakan makan tengahari. Dibiarkan Kalis bermain sendiri di tamu rumah.

Setelah seketika Eli menjenguk Kalis di ruang tamu. Eli sangat terperanjat bial melihat Kali telah berjaya membuat timbunan cerbisan akhbar lama yang dikoyak-koyak di tengah-tengah ruang tamu rumahnya.

Darah Eli mendidih. Di pandang tepat pada anak Kalis. DIa sudah hilang sabar.

Kalis seolah-olah mengerti,lalu memasang langkah berlari keluar rumah. Eli sepantas kilat mengejar dari belakang.

Kalis berlari sekuat hati. Tidak diperdulikan lagi keadaannya yang berkaki ayam. Eli pula seolah-olah tidak mahu melepaskan anaknya itu kali ini. Dikejarnya sepuas-puas hati.

BANG!!!

Ya Allah.

Jelas di hadapan mata Eli, anaknya dilanggar kereta sehingga terpelanting. Dunia seakan sepi.

Eli menguatkan kederat, dikejarnya anaknya yang terbaring di atas jalan. Dipangku anak kesayangannya itu.

Kalis menggeletik kesakitan. Nafasnya pendek-pendek. Darah membuak-buak keluar dari mulut, hidung dan telinga Kalis.

Eli cepat-cepat ke kereta. Dipandunya selaju mungkin agar sempat sampai ke hospital.

Dalam hatinya "Ya Allah, aku bukan ibu yang baik, tapi untuk kali ini sahaja, Kau panjangkanlah usia anakku ini, Ya Allah"

Setibanya di hospital Kalis dibawa masuk ke ruang kecemasan. Eli kegelisahan di luar. Seribu penyesalan sudah tidak berguna lagi.

"Puan, maafkan kami, anak puan tidak dapat diselamatkan"

Dunia Eli kelam.

Siang tadi jenazah Kalis telah selamat dikembumikan. Eli tidak mampu melelapkan mata. Gambaran riang tawa nak tunggalnya itu bermain dalam mindanya.

Pelahan-lahan Eli bangun, beliau ke luar rumah. Dikutipnya cerbisan-cerbisan akhbar yang dicarik Kalis siang tadi. Dibawanya ke dalam rumah. Eli melonggokkan akhbar itu di tengah-tengah rumah. Dia melihat itulah benda yang paling indah dalam hidupnya. Kenapa selama ini dia tidak menyedarinya? 'OH KALIS, mama rindukan Kalis'

Catatan SCHA: Semoga kita dikurniakan perasaan sabar dalam membesarkan anak-anak. InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...