14 December 2009

Penyatuan Cinta: Majlis Persandingan Melaka

Assalamualaikum w.b.t. dan salam satu Malaysia.

Wah, agak lama gak tak update blog ni.. so arini dalam keadaan agak sibuk melampau ni masih gak ada masa sekangkang kera ni, bleh ah sambung kisah perkahwinan aku...

Kali ni aku nak tunjukkan gambar2 ketika majlis persandingan di Taman Merdeka Batu Berendam Melaka.

Ni lah singgahsana raja sehari... simple n just nice...

Jeng jeng jeng... Raja dah sampai bersama2 rombongan dari Pahang... Hitam dan Putih gitu... kredit tu pengapit (Amir Fadli) sebab sudi mengipas aku sepanjang majlis...

Kiter yg penat jalan, dier plak yg minum lebih2...heheheh .. ni sesi menyambut suami tercinta... upacara suap menyuap sirap pandan...


Pastu apa lagi, bersemayam disinggahsana lah plak... Sila abaikan muka aku yg sangat keras dan kaku itu.. peaaceee....


Ni plak sesi membahagi2kan harta rampasan...heheheheh.. tabur duit syiling emas... aik, apsal dalam dui syiling ni ader coklat...

Sesi makan beradab... tak sompek pokcik nak suap nasi ke mulut, asyik jek kena possing...

Omak kau, sesuka hati jek korang yek..tanpa memperdulikan keadaan sekeliling, korang suami isteri bleh plak menghabiskan semua lauk pauk tu yek...cettt... ni lah Mr n Mrs Bullet, adik n adik ipar aku yg cuba memenuhkan perut tanpa segan silu...

Tak dapek jugak den makan, kena possing lagi...

Ni keluarga belah isteri den...

Ni plak kuargo den, semua mengikut tema, Hitam dan Putih

Pastu kena ah possing kat dalam bilik plak... wat muka comel skit...

Ok, dah2, semua org bleh balik, ni aksi2 yg tak perlu korang tengok, hahahahahah...

Alhamdulillah, majlis persandingan tu berjalan dengan meriah sekali... takdo plak perkara yg tak diingini berlaku... hujan yg pada mulanya mcm nak mencurah2 turun, tetiba jek berlalu pergi... panas sampai ke petang.... Syukur...

Next episode: Outdoor n honeymoon.... Tunggguuuuuuu....

Catatan SCHA: Sayangnyer kat dier...

09 December 2009

Sori Kawan2...


Maaf yer kawan2 semua... untuk minggu ini saya hanya mampu melawat blog anda sahaja... utk membuat entry baru saya tak mampu....

Kepala terasa berat sangat.... badan rasa lesu.... setiap kali makan nasi rasa macam nak meloya....

Kesihatan saya sangat tidak mengizinkan utk saya menulis kat blog ni... doakan kesihatan saya yek...

08 December 2009

BTN: Haram?

* Sebelum tu aku nak ucapkan tahniah kepada Pasukan Debat Bahasa Melayu UTHM kerana berjaya menncipta sejarah ke peringkat akhir Debat Di Raja 2009 di UM semalam. Walaupun tak menang, namun kejayaan ke final sudah membuka mata banyak pihak akan kemampuan kita di arena debat nasional. Tahniah!!!!

Kontroversi giler tajuk entry....


Alhamdulillah, akhirnya tamat juga sesi kursus Biro Tata Negara (BTN), yang aku sertai di Kem Bumi Jati Shah Alam , dari 3 hingga 7 Disember 2009 yg lepas...

Segalanya berjalan lancar, walaupun aku kena kursus BTN dalam keadaan BTN dihimpit seribu kontroversi berkaitan modul dan perlaksanaannya. Banyak pihak mengatakan BTN bersifat perkauman, provokasi dan menghasut supaya menyokong Barisan Nasional. Sehinggakan kursus BTN diharamkan kepada semua kakitangan dan pelajar institusi pendidikan di bawah Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang. Dasyat.

Teruk sangat ker BTN ni? Terlalu provokasi ker? Ada ker sifat perkauman dalam BTN ni?

Secara jujur, aku pergi BTN sbb terpaksa bagi memenuhi prosedur kenaikan pangkat kakitangan awam. Namun setelah mengikuti kursus tersebut, aku insaf dan mula sedar siapa aku di negara tercinta ini.

Perkara paling mudah, kalau benar korang rakyat Malaysia, korang tau tak ader berapa bahagian dan berapa perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yg menjadi teras pembentukkan Malaysia? Cuba korang jawab....

Layak ker kita digelar rakyat Malaysia klu perkara pokok itu sendiri gagal kita ketahui... itu belum lagi bersangkut dengan perkara-perkara yg termaktub dalam setiap bahagian dalam perlembagaan.

Malah kalau ditanya proses kemerdekaan negara sejak 1511, aku pasti ada diantara kita yg tak tahu menahu pon apa yg berlaku... Itu pon kita masih bangga menggelarkan diri ini sebagai anak Malaysia?...

Justeru, kehadiran kau ke kursus BTN ini betul2 menyedarkan aku bahawa aku ini anak Malaysia. Aku seharusnya memupukkan rasa cinta pada negara. Mcmmana nak cinta klu kita tak kenal sepenuhnya negara kita ini.

Di BTN, aku tidak pula merasakan ada unsur2 perkauman dilaungkan. Segala yg diceritakan semuanya berasaskan fakta dan sejarah. Abis dah dulu mmg tanah ini hak org melayu. Org india dan org cina sebagai pendatang, takkan kita nak ubah sejarah supaya dia tak nampak mcm perkauman. Mana ader sejarah yg boleh diubah2...

Malah dalam kursus BTN itu, ada peserta Cina, India dan bumiputera Sabah Sarawak, diorang sendiri tidak merasakan semua itu perkauman, sebab mereka sedar akan realiti yg tercatat dalam sejarah dan fakta.

Justeru, kepada mereka2 yg merasakan BTN itu perkauman, berkepentingan politik atau wadah kerajaan Barisan Nasional, aku nasihatkan korang join ah BTN dan korang nilailah sendiri.

Bagi aku, aku tidak pernah merasa dipengaruhi, diprovokasi atau dipaksa utk bersifat perkauman atau menyokong mana2 parti politik. Kerana BTN bersifat menanam semangat patriotisme dan cintakan Malaysia. Malah, fasilitator menekankan, apa yg mereka bentangkan adalah fakta dan sejarah, segala2nya terserah kepada peserta untuk membuat penilaian.

Kalau melihat kepada pengharaman BTN di Selangor dan Pulau Pinang, sebenarnya org2 ini berkepentingan peribadi dan politik. Mereka takutkan realiti dan sedar segala kekilafan mereka akan terurai dalam kursus BTN. Jadi mereka takut dengan bayang2 mereka sendiri. Nasihat aku, biarlah mereka semua ke kursus BTN dan rasakan sendiri pengalaman tersebut. Selepas itu barulah buat keputusan, HARAM atau HALAL...

Pelik jugak aku, kandang 'binatang comel' yg besar bagak itu 'Halal' plak di Selangor, tapi BTN plak yg jadi 'Haram'...Pelik kan?...

Amboi, tetiba plak bersemangat... Maklumlah, apa guna 5 hari berkursus klu tiada sebarang perubahan dalam hidup...ye tak?

Catatan SCHA: Rindu sgt kat dier...hehehe

02 December 2009

Penyatuan Cinta: Hantaran

Maaf kepada semua pembaca bog ni... mungkin ramai yg ternanti2 entry utk persandngan pulak.. tapi terpaksa tangguh dulu sbb aku nak kena berkursus BTN dari 3 - 7 disember kat S.Alam...

Well hari ni aku kongsi dulu ngan korang, hantaran yg terlibat dalam majlis perkahwinan aku tempoh hari... dari pihak aku, aku telah bawak 9 dulang hantaran di sertakan wang mas kahwin RM 40 dan gelang bernilai RM2k++.....

So skrg kiter tgk dulu hantaran dari pihak aku dulu...










Ha... yang kat bawah ni plak hantaran dari pihak penganti perempuan yang berjumlah 11 dulang... kat bawah ni ader 10 jek... sireh junjung tak jumper plak pic nyer....










Sorilah gambarnyer agak fokus pada produknyer bukan keseluruhan hantaran... yelah abis fotografer tu punyer idea n tangan yg petik, aku mana bleh plak amik gambar hantaran sendiri..apa daaaa....

So jumpa lagi dlm entry seterusnya, seminggu lagi...byeeeeee....

Catatan SCHA: Tiada hadiah lebih berharga dari restu Mak, Mama dan Abah serta doa mereka utk kebahgiaan kiter berdua.. AMin.. Jaga diri leklok...

01 December 2009

Penyatuan Cinta : Akad Nikah

Pada tanggal 25 Nov 2009, maka terciptalah sejarah dalam hidup aku..Peralihan dari alam bujang kepada alam berumahtangga... Insan tercinta pilihan hati dan ditakdirkan Allah buatku bernama Nor Azita Bt Abu Hanifah... Seorang gadis melayu biasa yang cukup ayu wajahnya, baik pekertinya dan warak pula amal ibadatnya... (cewwaaaahhh, melampau2 pendahuluan)....

Majlis berlangsung di Taman Merdeka Batu Berendam Melaka... Aku bersama angkatan rombongan pengantin lelaki dari Pahang seramai lebih 50 orang berangkat dari Felda Lepar Hilir 1 jam 4.30pagi dengan sebuah bas dan beberapa buah kereta...

Kalau korang tanya perasaan aku, emmm..sejak malam sebelum itu aku tak leh nak tidur... study bagai nak rak... Baca semua mende2 yg perlu, tak lupa amal beberapa petua agar tenang sewaktu hari pernikahan... Solat hajat pon tak lupa aku amalkan...

Kami semua tiba di masjid Taman Merdeka kira2 jam 9.15 pagi, aku dah berdebar giler.. sampai nak kuarkan IC pon dah macam kena parkinson...huhuhuhu

Muka aku yg ala2 tenang diluar, bergelora di dalam...gituuuu...

Setibanya di masjid, aku tunaikan dulu solat sunat tahayyatul masjid dan solat hajat 2 rakaat.. then kena plak tunggu tok imam yg terlambat plak tibanyer... takper, biar kiter tunggu dier jgn dier tunggu kiter, kang hangin plak dier, mau 15 kali akad tak lepas2....hehehe

Aku punya ah gelabah, wife aku bleh plak senyum ayu yg ala2 relek jek...

Waktu bier wife aku sampai masjid pon aku dah tak sedar, al maklumlah, gelabah tahap gaban tertelan biji rambutan... u all bayangkan dalam saat2 camtu, bleh plak aku terlupa ayat kursi yg selama ni rileks jek aku baca di hujung bibir... berdobar2 hati ni... dalam hati aku byk berishtigfar dan selawat nabi... kadang2 terfikir jugak, apalah yg tok imam nak tya aku nnt...

Ini plak sesi penyerahan Wali, dan persetujuan kawin oleh pengatin pompuan...

Aku mula2 tgk wife aku masa dier dipanggil utk ditanyakan setuju atau tak dikahwinkan dengan Mohd Zuhaimi bin Zolkifli... risau gak aku kot2 tetiba wife aku tu cakap taknak, mau aku tak datang dah melaka 7 keturunan akibat malu yg melampau, hehehehe.... uishh, tergamam gak aku tgk wife aku dimekapkan ala2 artis camtu... tapi nak tgk lebih2 nnt org kata apa plak... heheheh..

Bermula sesi kuthbah nikah dan soal jawab...

Setelah segala persetujuan dari wali dan pengantin perempuan diterima, maka bermulalah majlis akad nikah... dimulakan oleh Tok Adat menyambut ketibaan rombongan dari Pahang.. Xtually aku tak paham sebenarnyer aper fungsi Tok Adat ni, dahlah kena bayar duit adat 1% dari duit hantaran.. ish3... Mak mertua aku pon ala2 bengang sebab adat2 beradat ni.. tapi dah kiter berada di negeri Melaka, maka ikut je ah yek... bukan patah kaki pon....

Waktu kuthbah nikah dibacakan, aku dengar ah jugak skit2, tapi sebenarnya aku dah tak bagi tumpuan dah pon, aku duk sibuk baca mcm2 ayat utk menenang hati aku ni... lepas jek kuthbah, tok imam wat ulasan skit ah pasal hidup berumahtangga ni... n then, apa lagi sesi soal jawablah...

1. Sebutkan rukun2 nikah?... pantas jek aku jawab...
2. Mengucap dua kalimah syahadah?... emm, sungguh nak kena panah petir kalau tak leh jawab ni...
3. Beristihgfar 3 kali?... mmg dari mula2 masuk masjid lagi, mulut aku tak lekang menyebut kalimah suci ni...
4. Selawat Nabi 3 kali?... Sama jugak dari mula aku duk sebut selawat ini tanpa henti...

"Ok, tu jelah yg Tok nak dengar.. ingatkan nak suruh azan, tapi takpelah, lain kali"

Mak aih, nasib baik tak kena azan..hehehehhe... maka selesai ah sesi soal jawab... terlepas dah satu azab... tinggal atu je lagi....

Bersedia utk akad nikah, kenangan seumur hidup...

Maka bermulalah sesi akad nikah... Korang saksikanlah sesi akad nikah ni kat video bawah ni...



Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, aku sah menjadi suami kepada Nor Azita Bt Abu Hanifah...

Senyuman kelegaan sebab takyah nak lafaz byk2 kali....

Doa dalam kesyahduan....sob...sob..sob...

Aku telah mengejutkan ramai org apabila sewaktu doa dibacakan oleh Tok Imam aku telah menitiskan air mata pertama seorang suami... ramai gak yg tertanya2 kenapa aku nangis? Xtually perubahan diri menjadi seorang suami betul2 menyentuh perasaan aku.. aku betul terharu kerana diri ini diberikan nikmat oleh Allah utk bergelar suami.. bahkan pula aku telah menjadi suami kepada seorang gadis yg begitu sempurna berbanding diriku yg penuh kekurangan.... sebenarnya aku takde alasan yg munasabah kenapa aku nangis... klu u all yg pernah kawin pasti pernah merasakan perasaan itu.. cuma mungkin korang talah menangis cam aku ek... yelah2, kutuk lah kalau nak kutuk... huhuhuhu

Penyerahan duit mas kahwin... percaya tak, ini kali pertama aku menyentuh tangan wife aku...

Membaca lafaz taklik... sekali lagi drama air mata...

Setela penyerahan duit mas kahwin sebanyak RM40, maka kenalah pulak baca lafaz taklik.. sekali lagi drama air mata terjadi... sedang aku baca lafaz taklik itu, tetiba sewaktu menyebut nama isteri " Isteriku ... Nor Azita.....bt .... Abu Hanifah..." then aku tersangkut kat situ... dada aku jadi sesak, perasaan jadi sgt sebak... tulisan jadi kembang... Tok Imam plak sibuk menenangkan perasaan aku... Huishhh... terasa sgt panjang lafaz itu... yelah, korang bayangkan, baru jek 2 minit bergelar suami isteri, tetiba sahaja meletakkan hubungan perkahwinan itu dengan lafaz bertalak... sungguh tak sanggup rasanya.... huhuhuhuhu

Oh yer.. utk pengetahuan korang, wife aku setitik pon tak kuar air mata...biler aku tya kenapa tahan giler samapi tak nangis, sedangkan wife aku ni kategori cengeng ah jugak... dier bleh ckp "Memang nak nangis, tapi sayang plak nnt rosak make up"....cessss...

Serah tanggungjawab, abang ipar sebagai wali kepada aku yg kini sah sebagai suami...

Majlis batal air sembahyang... Xtually masa serah duit mas kahwin tadi pon dah batal pon air sembahyang... bleh plak masa nak pasangkan gelang ni aku tak jumpa cangkup nyer...hehehhe

Cium jgn tak cium... hehhe, korang kat belakang tu gelak ek... cesss

Inilah keluarga di pihak pengantin perempuan.. Dari kiri: Azim (anak sedara), Herman (adik ipar), aku, FatihaH (anak sedara), wife, MakMertua, Angah, Abg Apis, Kak Dila, Alia dan Ariana...

Ini plak keluarga aku, dari kiri: Cikgu Ita (best friend mama), Kak Ina, Abah, aku, wife, Mama, Juji, dan Amir (adik Ipar)...

Maka tamatlah majlis akad nikah... sebaik sahaja majlis akad nikah brakhir, hujan turun renyai... hujan rahmat org kata... then kitorang pon amik ah gambar sekeping dua puluh keping... kekok giler masa amik gambar ni....



Bersambung plak majlis bersanding... tungguuuuu.....

Catatan SCHA: Bukti cinta bi buat sayang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...