Gambar hiasan, sedut dari Harian Metro
Assalamualaikum... salam 1 Malaysia
Hari ni ribu-ribu bebudak memulakan sekolah lepas lama abiskan masa bercuti dengan gembiranya.
Tapi yang paling excited, sure lah budak-budak darjah satu. 1st time masuk sekolah, 1st time dapat pakai baju putih seluar/kain biru, 1st time dapat duit tanpa perlu merengek sambil tarik kain ibu, 1st time jugak kena bangun awal, dan macam-macam 1st time ah...
Kalau dulu ramai ah bebudak nangis di hari pertama sekolah, but now, dunia dah maju... umur 3 bulan dah masuk taska... 2 tahun dah start belajar baca... 4 tahun dah bleh 'speaking' London... 6 tahun dah bleh wat matematik mudah, siap belajar sains lagi... well, setakat nak gi sekolah darjah 1, small matter...
Tetiba, fikiranku melayang ke tahun 1995... hari pertama di sekolah.... (motif ada kira umur aku baper)....
Sekolah Kebangsaan Lepar Hilir Satu,
Letak di Negeri Pahang Darul Makmur,
Sungguh indah permandangan yang menghijau,
Amat sesuai untuk belajar.
Wah, bangga tul bleh hafal lagi lagu sekolah... tapi rangkap pertama je ah.... (ada ah yang duk meroyan mengingat lagu sekolah, hahahah)
Kalau budak-budak lain, mak ayah diorang antar naik motor... tapi abah aku kerahkan aku naik basikal BMX hitam yang dibeli semata-mata untuk gi sekolah. Basikal tu bertahan samapai aku darjah 6, pastu sepupu aku amik, tak sempat dua bulan, patah dua... apa daaa...
Day 1 kat sekolah aku naik basikal, dan abah aku follow naik motor... Sampai je kat sekolah, abah aku tunjuk kelas . Sambil dia menepuk-nepuk sebatang tiang bersebelahan kelas aku, abah ku berkata...
"Ingat tiang ni elok2... datang sekolah, cari tiang ni, pastu masuk pintu sebelah tiang ni... jgn masuk kelas lain"
Tiang tu berada tepat pada anak panah dalam gambar di atas.
So bermulalah rutin aku, datang sekolah cari tiang, dan masuk kelas. Mana ada masa nak nangis... Abah dah pesan, CARI TIANG....hahahhaa...
Kalau bebudak lain sibuk nak nangis ah, terkencing dalam seluar ah, lari lompat pagar ah,.... aku mana ada masa utk mende tu semua... aku kena CARI TIANG....
Alhamdulillah... akhirnya aku mencapai kejayaan atas segala pengorbanan mama dan abah aku menyekolahkan aku....
Koleksi kenangan di SK Lepar Hilir Satu....
Gambar kenangan di Darjah 4 Aktif....
Di darjah 5 sewaktu lawatan ke negeri Terengganu... motif kan bebudak darjah 5 lawat kilang sutera...belajar kitaran hidup ulat sutera agaknya...
Di darjah 6, ketika menghadiri Kem Kecemerlangan UPSR di Pantai Balok... calon 4A, tapi dapat 3A1B jek... well, B utk BM penulisan... sob sob...
Sedar tak sedar dah 17 tahun masa berlalu... kini aku sedang menikmati hasil dari kelas di sebelah tiang kejayaan... Alhamdulillah...
Kenangan bersama rakan sewaktu majlis Reunion 2010... masing-masing dah bawak anak bini.... di kalangan mereka-mereka ini, ada yg menangis di hari pertama sekolah di darjah 1, 17 tahun lalu....
Catatan SCHA: Rasanya, orang tu nangis di hari pertama darjah 1....hahahahahah