Salam semua...
Debat di UTHM
Demi menjaga ikatan silaturahim dan sensitiviti adik-adik di Sekretariat Debat UTHM yang dengan bersungguhnya menjemput aku ke pertandingan debat anjuran mereka, maka bergeraklah diri ini bersama puan isteri dan anakanda kesayangan ke Batu Pahat.
Sekreatriat Debat UTHM umpama bayi sulungku yang dilahirkan hasil titisan peluh dan air mata yang disenyawakan bersama benih-benih manusia yang tegar memperjuangkan seni orator yang mendalam. Jadi sangat tidak munasabahlah jika diri ini tidak hadir dalam aktiviti yang digarap oleh pewaris hartaku yang sungguh berharga ini.
*feeling plak... ayat mcm nak ambik SPM lak*
Alhamdulillah, selesai jugak tugas aku sebagai juri di pertandingan debat UTHM. Pengalaman pertama menghakimi debat dengan format Parlimen British.
Secara jujur, aku tak berapa suka dengan format Parlimen British ni. Kepuasan berdebat kurang dirasakan. Tak sempat nak klimaks. Ops....
Secara umumnya, budaya pengucapan awam di UTHM nampaknya sangat berkembang. Dan pastinya kau merasa bangga.
Racun Batu Pahat
Sewaktu aku menghadiri pertandingan debat di raja pada tahun 2011 di UTHM, wujud satu nama makanan yang betul-betul menyentuh deria rasa aku.
Kalau dengar namanya, macam tak sanggup nak makan. Malah tinggi risikonya.
Mee Racun Batu Pahat
Walaupun namanya mee racun, tetapi tiada setitis racun pon digunakan. Macamna nama itu boleh diperolehi.Wallahualam. Belum sempat nak buat kajian.
Sebelum ni aku makan di satu kedai berhampiran taman perumahan, tetapi kali ni aku makan di gerai di sekitar Jalan Bukit Pasir.
Mee Racun Tulang, harganya RM8.00. Agak gempak, sebab mee racunnya dihidangkan bersama 2 ketul 'gear box' kambing.
Pun begitu, jika dibandingkan dengan gerai yang berada di taman perumahan tu (tak ingat nama kedai, matilah nyanyuk) lebih RACUN daripada biasa. Lebih gempak dan lebih ummmppp. Malangnya, ketika di Batu Pahat baru-baru ni, penyakit 'tak ingat jalan' aku makin menjadi-jadi. So, tak dapatlah nak ke kedai tu.
Kisah 'basah'
Disebabkan pihak UTHM hanya menyediakan asrama untuk penginapan juri, maka memikirkan status aku yang ala-ala diva ni, mana masyuk nak tidur hostel. Kena plak bawak cik puan dan anak gadis, so sangatlah tidak sesuai.
Justeru, aku mengambil keputusan untuk menginap di hotel. Malangnya hotel-hotel pilihan, full book plak. Setelah penat menggodek dan bertanya encik google, maka tertonjollah nama B&S Hotel.
Secara umumnya hotel ni agak baik. Bangunannya bangunan lama yang direnovasi. Ruang dalaman sangat cantik dengan hiasan moden.
Masuk bilik terus feeling-feeling honeymoon. Ops.
Disebabkan terlalu feelling cintan cintun (Hari ini dalam sejarah: 2006 - 2007 Batu Pahat menyaksikan kisah cinta aku dengan Cik Puan), terjadilah tragedi yang menjadi satu lagi coretan dalam kehidupan aku.
Sekitar jam 1 pagi, aku yang sedang lena tidur tanpa memperdulikan keadaan sekeliling.
Puan Isteri: Bi, bangun ah, ada orang ketuk pintu tu...
(tuk tuk tuk ... assalamualaikum...assalamualaikum...) berulang kali.
Encik Suami: Alah, orang bilik sebelah tu...
(Encik suami menyambung sesi berdengkur berganti-ganti)
(tuk tuk tuk ... assalamualaikum...assalamualaikum...) bertambah kuat...
Puan Isteri: Bilik kita ah bi...
(Encik suami bangun, keadaan serabai, mata separa terbuka)
(Pintu bilik dibuka separuh)
Encik Suami: Siapa?
Tukang Ketuk: Jabatan Agama Islam...
Jeng jeng jeng....
Sekali kena serbu daaa. Nasib baik bawak kad nikah. Basah sungguh percutian di Batu Pahat kali ni...hehehehehhe
Sekian.