Wah wah, semangat.... sehari ada 2 entry...gituuuu....
Kali ni nak citer pasal keter aku yang sangat bertuah itu.... bertuah sungguh sebab kalau dikumpul-kumpul jumlah nafkah yang aku bagi kat bini no. 2 aku ni,.... mak aih, bleh kaya macam Tony Fernandes...**aku tipu....
Sejak 2 bulan lepas, keter aku tu gagal mengeluarkan udara sejuk melalui corong penghawa dinginnya... masalah dikesan... condenser pecah dek batu-batuan yang sesuka hati melepakkan dirinya di atas jalan...
Maka akibat sudah tidak mampu menahan keadaan diri yang setiap hari perlu berpanas (jika cuaca panas), meleleh peluh ketiak mengelap cermin yang kabur (dalam cuaca sejuk), telinga menanah dibebel Puan Isteri, dan status tercalar akibat celaan rakan-rakan ---> "keter macam transformer, dalam macam microwave"... ditambah pula Menteri Kewangan (Puan Isteri) menjanjikan dana tambahan, justeru bermastautinlah aku di bengkel servis aircond seusai solat jumaat tadi.... **melampau penerangan....
Condenser diganti baru, dimasukkan gas secukupnya dan diservis serba sedikit....
Aku dengan bangganya membayar RM500 tunai...
Masuk ke dalam kereta sambil cuba menghidupkan penghawa dingin....
Tup tup....
Kereta aku tiba-tiba jadi begini......
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
Ok aku tipu.....bye....
Moral: Adik-adik, menipu adalah tabiat yang tidak baik malah membawa dosa. Sila elakkan diri anda daripada menipu.
Catatan SCHA: RM500 je sayang....lalalalalala.....
2 comments:
tak pe,demi masa depan yg cerah..elaun bulanan naik thn ni kan.. hehehe
alamak naik ke elaun... ingatkan elaun dah dijumudkan...
Post a Comment