03 January 2012

Aku manusia I

Aduhhhh... pedih... kena 'smash' ngan tokei tudung ni....

Assalamualaikum semua... salam sejahtera...

Well, sudah 2012... semangat sangatkan aritu nak aktifkan blog ni... tup..tup...sepi...

Sebenarnya mmg nak aktif blogging balik... harap berjayalah....

Duk belek2 blog ni, baru pasan, last year paling bersawang... Sempat tulis entry awal tahun dan hujung tahun jek... byk sgt perkara2 'penting', 'pelik' dan 'menarik' tahun lepas... sampaikan blog ni terabai...

Akhirnya aku realize, aku ni orang I.....

Pulak dah, orang pon ader ikut huruf ker... ????

Meh nak berlagak skit ngan ilmu yg seciput ni... well, baca leklok... Personaliti manusia boleh dibahagiakan kepada 4 kumpulan melalui Model DISC... sila tatap gambarajah di bawah, sambil kerutkan sedikit kening anda menandakan anda sedang 'blur'...





Dalam satu kajian yang telah dibuat oleh manusia-manusia yang pastinya telah mempunyai PHD, terdapat 3% manusia D, 15% manusia I, 17% manusia C dan 65% manusia S.

Fakta ringkas:

Manusia D
Org yg rasa dirinya hebat, ego tinggi, wat keje mesti siap tak kira apa cara, paling tak suka peraturan, takleh wat keje ikut rutin, suka amik risiko, pandai selesaikan masalah, sgt inovatif, suka mencuba banyak perkara dalam satu2 masa. Mereka ini sangat takut kalau orang amik kesempatan ke atas diri mereka ni. Jumlah manusia ni skit jek, sbb klu ramai manusia D dlm dunia, sure perang tak abis2... tapi org D ni klu jadi ketua, pasti organisasi tu meningkat maju dan cemerlang gemilang terbilang..

Manusia C
Kalau korang nak kenal org C, cuba korang perhati sekeliling korang, ader tak member2 korang yg skema giler, wat keje tak toleh kiri kanan, tempat kerje dier tersusun elok, keje dier mmg teliti habis... tulah org C. Diorang ni pentingkan fakta, setakat korang yg cakap2 kosong ni, diorg tak layan ah. Semua mende mesti tepat dan perlu di analisis. Standard mesti tinggi dan keje mesti sistematik. Kalau korang nak minta tolong ke, minta wat keje ker, org C ni perlukan arahan yg terperinci. Kalau setakat cakap cincai2, kirim salam jelah. Diorg gak jenis manusia yg pendam perasaan. Makan dalam beb... Ingat, org mcm ni paling takut kena kritik, so, berlemah lembutlah dengan mereka ni...

Manusia S
Kebanyakkan manusia, kira majoriti, adalah orang S... bukan susah pon nak cari org S... tgk kanan dan kiri korang, salah sorang maybe org S. Org S ni org yg selesa dengan keadaan dirinya. Tak perlulah nak perubahan atau transformasi bagai. Cukuplah dengan apa yang ada. Kalau nak wat transformasi, diorg ni lambat skit nak sesuaikan diri. Kalau bleh biarlah wat keje yg sama hari2. Tapi diorg ni pendengar yg baik, memahami dan friendly. Kira diorg ni jenis jaga hati kawan ah. Kalau ada konflik, diorg lebih suka utk tidak melibatkan diri. Org S ni pon sensitif gak, takleh kena kritik. Kelemahan org S ni, diorg tak tau mana yg penting mana yg tak penting. Nak wat keputusan pon susah. Yang penting bagi org S, kehidupan biarlah steady dan stable jek... jgn pandai2 nak amik risiko...

Manusia I (jeng...jeng...jeng... aku ah tu)
Manusia I adalah manusia terbaik di kalangan manusia yg ada di atas muka bumi...ahaks, melawak je... perkataan mudah baik manusia I ni, kami suka bercakap,... bukan sekadar suka tapi kami byk bercakap... pandai memanipulasi manusia lain, mempengaruhi org lain dan sgt boleh dipercayai... tapi kadang2 sangat emosional...kreatif dalam menyelesaikan masalah, pandai memberi semangat, malah pemberi semangat yg baik... kira boleh jadi motivator ah... suka berlawak dan seorang pendamai... tapi kekurangan org I ni, lebih mementingkan popularity berbanding keputusan akhir... tak suka kepada detail, ringkas2 sudah... gerak badan dan memek muka berlebih2... hanya mendengar sekiranya ada mood nak dengar... tapi yg paling besar kelemahan org I ni.....

Org I selalunya... HANGAT-HANGAT TAHI AYAM ....

So, korang jgn ah heran sgt klu blog aku ni, mcm boom kebabooommm awal tahun, pastu senyap jek sepanjang tahun... Sbb tuan punyer blog ni adalah ORANG I.....

*mungkin terdapat kesilapan dalam pentafsiran DISC... panduan dari pakar amat dicadangkan...

Catatan SCHA: Bahagianya hidup bersama....

1 comment:

umiauni said...

Erm,org S kot sebab suka dgr celoteh org I...always your good listener

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...