19 January 2012

Minggu yang sukar...

Assalamualaikum, salam sejahtera rakyat malaysia yang cintakan keamanan....

Minggu ini adalah minggu yang sukar bagi diri ini... what happen?


Detail... coming soon...

Catatan SCHA: Dugaan buat kita dari Illahi untuk menguji keimanan kita kepadaNya...

13 January 2012

Condenser baru...

Assalamualaikum... selamat petang...

Wah wah, semangat.... sehari ada 2 entry...gituuuu....

Kali ni nak citer pasal keter aku yang sangat bertuah itu.... bertuah sungguh sebab kalau dikumpul-kumpul jumlah nafkah yang aku bagi kat bini no. 2 aku ni,.... mak aih, bleh kaya macam Tony Fernandes...**aku tipu....

Sejak 2 bulan lepas, keter aku tu gagal mengeluarkan udara sejuk melalui corong penghawa dinginnya... masalah dikesan... condenser pecah dek batu-batuan yang sesuka hati melepakkan dirinya di atas jalan...

Maka akibat sudah tidak mampu menahan keadaan diri yang setiap hari perlu berpanas (jika cuaca panas), meleleh peluh ketiak mengelap cermin yang kabur (dalam cuaca sejuk), telinga menanah dibebel Puan Isteri, dan status tercalar akibat celaan rakan-rakan ---> "keter macam transformer, dalam macam microwave"... ditambah pula Menteri Kewangan (Puan Isteri) menjanjikan dana tambahan, justeru bermastautinlah aku di bengkel servis aircond seusai solat jumaat tadi.... **melampau penerangan....

Condenser diganti baru, dimasukkan gas secukupnya dan diservis serba sedikit....

Aku dengan bangganya membayar RM500 tunai...

Masuk ke dalam kereta sambil cuba menghidupkan penghawa dingin....

Tup tup....

Kereta aku tiba-tiba jadi begini......

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


Ok aku tipu.....bye....

Moral: Adik-adik, menipu adalah tabiat yang tidak baik malah membawa dosa. Sila elakkan diri anda daripada menipu.

Catatan SCHA: RM500 je sayang....lalalalalala.....

Lembap...

Assalamualaikum... salam jumaat...

Hari ni sangat lembap... tak mau cakap apa2...


Catatan SCHA: Jom, mandi hujan....

12 January 2012

Kami ada banyak air...

Bekalan air 4 daerah terjejas

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Hampir 1.5 juta pengguna di beberapa kawasan di Selangor akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan menghadapi tekanan air rendah bagi tempoh yang tidak dapat dipastikan berikutan permintaan yang semakin meningkat oleh pengguna sejak kebelakangan ini.

"Peningkatan permintaan beberapa hari ini oleh pengguna mungkin disebabkan oleh faktor cuaca panas dan persediaan musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang," katanya dalam kenyataan itu.

Rujuk sini.....>

Assalamualaikum... salam 1 Malaysia...

Wah, tajuk entry macam takbur jek... Maaf lah yek... tak berniat pon...

Semalam tengok Buletin utama, Pengerusi SYABAS kata, permintaan terhadap air bersih meningkat 2% akibat cuaca panas melampau di Kuala Lumpur dan Selangor...

Means that, sekarang ni di KL dan Selangor sedang kemarau lah yerkk... Wallahualam, tak sumber bleh mengesahkan.... katanya cuaca kekal panas sehingga akhir januari.... katanya....

Tapi kami di Kuantan ni lain plak citer nyer.... sejak petang semalam, hujan turun mencurah-curah...

Jom layan gambar yang sempat aku snap pagi-pagi buta... (entah kenapa, canggih sangat kamera aku, tak nampak macam hujan pon, sedangkan gambar yang aku snap ni, waktu hujan lebat)






Catatan SCHA: Sejuk...sejuk ni rasa macam nak .... rasa macam nak.... emmm.... makan cucur bilis jek.....

11 January 2012

Bos kata ...

Entry versi kontot....

Nak kongsi kata-kata bos aku...

Biarlah makanan menjadi UBAT

Jangan sampai UBAT menjadi makanan...
credit to: Encik MYZ

Catatan SCHA: Belaianmu ubat yang paling mujarab...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...