29 June 2010

Hati saper yg busuk?

Assalamualaikum semua...

Semalam takde wat entry baru sbb sibuk baru bukak sem dan ader kursus. Hari ni pon kursus gak till esok.

Amaran keras: Entry ini buat org2 yg berhati busuk. Sesiapa yg tak tahan baunya, sila pakai penutup hidung.

Pagi tadi, aku dengar dlm radio IKIM ader sebut. "Diam bukan bermakna kita bodoh. Kadang2 banyak cakap akan mengeluarkan kebodohan kiter"

Kalau selalu sangat bercakap pon, akan membuatkan telinga kiter tuli, tak mau dengar pendapat org lain. Lagi2 mereka yg bercakap berlandaskan kuasa dan ego.

Dengar sini wahai org2 berhati busuk, kalau nak bercakap biar menggunakan ilmu. Jangan sesuka hati ko jek nak taram org itu, taram org ni menggunakan nafsu dan emosi semata-mata. Ko tak suka org tu, ko hantam dier sampai 'kemek'. Member tu pon ader anak bini gak nak bagi makan. Yang ko duk tabur pasir dalam periuk nasik org tu, korang tak takut dosa ker?

Wahai org2 yg berhati busuk, biar besar mana pon kuasa korang, jgn sampai korang lupa org di bawah ni. Jangan korang ingat korang ader pangkat besar, korang bleh sesuka hati nak rampas hak org yg di bawah. Jangan kerana korang nak senang, korang susahkan hidup org yang kat bawah ni. Korang bukan tuan dan kami bukan kuli. Besar sgtkah martabat korang sampai kami korang pandang sipi2.

Wahai org yg berhati busuk, jgn terasa diri korang maksum dan sibuk mencari dosa org lain. Kalau korang cari kelemahan, maka korang hanya nampak keburukan, jika korang pandang kelebihan maka itulah yg akan korang ketemu. Susah sangat ker nak mengakui kebaikan org lain? Terjejas ke maruah korang kalau mengakui kebaikan org lain? Manusia tak sempurna. Korang jugak tak lari daripada kesilapan. Siapa kamu nak menghukum orang lain sehingga org lain sengsara?

Wahai korang yg berhati busuk, jgn korang ingat org di bawah ni diam kerana kami lemah. Jangan korang ingat, korang saja yg pandai nak marah dan simpan dendam. Kami juga tahu maksud marah dan maksud berdendam. Jgn sampai senyuman menjadi sumpah seranah. Jangan sampai sapaan jadi sepakan. Korang pon tahu, siapa korang dan siapa kami. Sila fikirlah sendiri.

Kami bukan mahukan sanjungan. Kami tak harap pon puji-pujian. Jauh sekali kami mengharap dipuja-puja. Kami hanya mahu hak kami. Apa yg kami layak terima sewajarnya diberikan pada kami. Kalau banyak hak kami, banyaklah yg wajar kami dapat. Kami sedikit hak kami, maka sedikitlah. Ingat, golongan teraniaya, doanya Allah makbulkan.

Aku ni tumbukkan cili jek, saper yg makan tu, dierlah yg rasa pedasnyer.

Catatan SCHA: Miss u...

24 June 2010

Tonton movie terbaru, PERCUMA!!!

Assalamualaikum kawan-kawan...

Agak lambat update hari ni, (mcm ah selalu awal pon)...ada mesyuarat dan sibuk dengan pendaftaran modul pelajar.

Ingat nak ah tolong 'mereka-mereka' yang sibuk kat bawah nu. Sekali niat ikhlas aku dibalas dengan sindiran-sindiran pedas dari 'mereka-mereka' yang tak pandai langsung nak jaga hati orang lain... Ringan-ringan jek aku nak lempang 'cik puan' tu 18 kali sampai terkoyak bibir dier...

Rilek, tarik nafas...lepas....

Baik tengok movie... oh ya, aku suka betul tengok movie, tapi tak berkesempatan. Lalu aku pon tgk ah secara percuma kat laman web kat bawah ni...

Korang nak tengok citer apa...hampir semuanya ada kat sini. Tak yah register, tak yah bayar...klik dan tonton...percuma..

Setakat ni aku dah tengok citer Shrek, Karate Kid, Toy Story 3 dan banyak lagi...

Apa? Tak bermoral tgk filem secara curi-curi?... Salah mencuri hasil kerja org sbb tak bayar tiket movie?... Well aku perduli apa.. Daripada bayar duit utk 'org putih' yang kafir laknat tu, baik aku guna duit tu utk mende lain...hahahhaha, tetiba kan...

Tapi kalau korang nak tgk filem melayu, takde dapek dooo... Tgk movie melayu kat panggung ah... Sokonglah filem kita, filem siapa kalau bukan filem kiter...gitu pulak...hahahhah

Dah dah ah tu yek, aku nak gi lempang 'cik puan' tadi...huhuhu

Catatan SCHA: LAmanya kiter tak gi menonton wayang bersama ek...

23 June 2010

Sumpahan buat pasangan baru kahwin?!!

Assalamualaikum semua...

Adui, penat mengemas meja kerja hari ni. Buang semua kertas yang tak diguna lagi dalam tong recycle, update fail peribadi pelajar dan bersedia dengan rancangan mengaar semester ni.

Tapi still ada masa nak update blog ni. Sebelum aku citer pasal sumpah sesumpah ni, cuba korang baca ayat kat bawah ni.



Motif kan tetiba jek aku kata lawak antarabangsa kat atas ni sebagai sumpahan. Memang sumpahan.

Baiklah, mari kiter dengar ayat-ayat Kak Benah (bukan nama sebenar) and the geng yang biasa sangat kiter dengar:

Ayat Hanjing No 1 : "Uh, ko tengok ah Joyah, diorang tu baru-baru kawin bleh ah, pegang sana, pegang sini... tengok ah setahun dua lagi, for sure tangan bini pon malu nak pegang"

Ayat Hanjing No 2 : "Masa baru kahwin ni, semua pon manis... ko tengok ah setahun dua lagi, taulah langit tu tinggi ker rendah"

Ayat Hanjing No 3 : "Lelaki baru kahwin, pijak semut pon tak mati... dah lama esok, pijak gajah pon patah"

Ayat Hanjing No 4 : "Tak payah ah diorang tu nak tunjuk romatik-romatik, sok lusa bercerai ah tu"

Ayat Hanjing No 18 : "Diorang tu tak yah kawin pon takper, tak sesuai langsung...sure ah tak bahagia"

Xtually ayat kat atas ni aku reka jek. Tapi korang mesti perasan, banyak artikel yang memaparkan pasangan yang baru berkawin akan berubah perangainya bila dah lama kahwin. Aku sendiri tak pasti kebenarannya. Yelah aku pon baru jek kawin 8 bulan.

Tapi, pada pandangan aku, artikel serta kata-kata orang ini menjadi sumpahan atau satu stigma yang negatif. Terutama mereka-mereka yang fobia nak berkahwin. Malah, apabila kita asyik mengulang tayang perkara yang sama saban hari, orang yang tidak ada cenderung ke arah perkara-perkara negatif tersebut pasti akan tercenderung ke arah itu. Kenapa? Kerana ianya seolah-olah menjadi skema jawapan kepada pasangan yg dah lama kawin perlu jadi seperti yang diperkatakan.

Apa salahnya, ditulis berkaitan kebahagiaan sepanjang hayat. Cinta sampai mati. Toleransi dalam rumahtangga. Kan tak salah tu.

Ahli-ahli mesyuarat tingkap plak, daripada duk doakan keruntuhan rumahtangga orang, sampai rumahtangga sendiri duk kucar kacir, kan lebih baik didoakan semua keluarga mencapai kebahagiaan yang abadi sepanjang hayat. Kan dapat pahala tu.

Mak aih, teremosilah plak. Daaaa...

Catatan SCHA : Setiap hari adalah hari yang sangat membahagiakan bersamamu sayang...

22 June 2010

Aku Idola Kecil...wahhhh...

Assalamualaikum kawan-kawan...

Semalam ader Audit Pematuhan ISO oleh SIRIM, so wat-wat sibuk ah sepanjang hari.. hahahha

Korang mesti setuju kalau aku cakap, salah satu kebaikan FB berbanding beribu-ribu keburukannya, adalah, korang leh jumpa kawan-kawan lama, sambil duk terkenang zaman dahulu kala.

Ada plak kawan-kawan kiter tu yang rajin terlebih, scan gambar-gambar lama pastu upload dalam FB tu... maka terkeluarlah cerita yang berkurun tak disebut. Lastly, kutuk-kutuk then gelak ramai-ramai.

Alkisah, duk belek-belek FB di suatu pagi yang hening, aku ternampaklah satu pic yg di'tag'kan nama aku... Jeng jeng jeng... gambar 5 orang budak 'kecik' sedang menari ala 60an... Akukah itu?

Hamba Allah yang rajin sesangat 'tag' aku tu, adalah cikgu aku zaman sekolah rendah dulu..Mak aih.. Adui, gambar ni betul-betul mengimbas zaman kanak-kanak aku yg gebu, comel, montel, ceria dan periang... Paling penting akulah idola kecil kat sekolah aku... kalau tak cayer tengok ah gambar kat bawah ni.
.
.
.
.
.
.
.


Agak-agak korang ah, yang mana aku agaknyer?

Catatan SCHA: Hanya kamu idola hatiku...

17 June 2010

Siapa nak duit aku?

Assalamualaikum semua... lewat plak update blog hari ni...

Lepas jek abis kursus 'Research Methodology' terus bukak email box. Rasa macam bertuahnya baca semua email yang ada dalam email box aku tu.

Korang kenal tak saper
Mrs.Sarah Welsh ? Tak kenal ker? Lah korang duduk kat hulu banat mana ni ha... Puan Sarah ni, emmm, aku pon tak kenal....hahhahahahah...

Tapi yang peliknya dia kenal aku. Meh aku citer skit latar belakang Puan Sarah ni. Dia ni seorang janda kaya. Suami dier tinggalkan banyak harta kat dier. Lebih kurang 10.4 million dolar... kalau ditukar dalam RM lebih kurang RM38.5 juta. Mak aih, banyak kan harta dier.

Malangnya, dier ni sakit barah. Dah nak mamp*s. Jadi disebabkan takde waris, dier decide nak bagi semua duit dier tu kat aku. Kenapa aku? Katanya aku ni seorang yang sangat baik hati. Suka tolong orang.

Jadi dier bagi duit tu kat aku utk aku sedekah-sedekahkan pada janda-janda dan orang miskin. Katanya aku bleh amik separuh duit tu utk kegunaan peribadi. So, ada dalam RM19.3 juta untuk aku joli sakan.

Well, sebab duit tu banyak sangat, agak2 ader ke sesapa yg nak kongsi duit tu ngan aku. Kalau korang nak RM100K pon aku leh bagi.. Lagipon duit tu aku dapat free. Rezeki terpijak ni kan, bleh ah kongsi sama2.

Oklah, aku nak email kat peguam Puan Sarah ni, En. Mike Adam. Lepas email kat En. Mike ni, surelah duit tu masuk dalam akaun bank aku.

Merasalah aku jadi jutawan segera. Bleh ah benti keje lepas ni. lalalalalallalala.







** Cukup ah tu berangan. Ni email yang ke-108 dah, ader org separuh nyawa nak bagi duit kat aku. Oh lupa, suatu ketika dulu, Bill Gate pon nak bagi duit dier berjuta-juta kat aku. Well, malas ah nak duit free ni, takde feel..hahahahahhahaaha....


Catatan SCHA: Kalaulah Petronas nak bagi hadiah RM100K tu kat kita, emmm,...... Alhamdulillah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...