02 November 2012

Jimba-jimba: Awana Kijal, Terengganu. pt1

Salam,

Wah, minggu ni ala-ala sibuk gitu. Merasalah update blog banyak letak gambar jerk.

Intro
Untuk pengetahuan korang semua, 25 Okt 2012 yang lalu, Ulangtahun perkahwinan aku yang ke-3. Dah 3 tahun rupanya berumahtangga. Bahagia sokmo gitu...chewah.

So, perlulah bagi hadiah kan. Kalau rujuk sini, patutnya tahun ketiga beli hadiah berasaskan kulit dan bunga matahari. Patut ah cik puan selalu mengidam nak handbag baru...

Malangnyer suami soleh dier yang sorang ni, takde maknanya nak beli handbag. Handbag hantaran dulu pon mak den yang tolong pilih.

Tapi suami cik puan ni merancang satu percutian misteri. Cik puan memang gigih ah nak tahu. But aku bagi dier 1 klue jer sehari. Samapai sudah dier tak dapat jawapan.

Hari yang dinanti tiba juga. Cik puan kemas barang berdasarkan klue yang diberikan. Bertolak jam 10.30 pagi, singgah umah makcik jap, sampai jam 1.00 petang. Dekat je kot kuantan dengan kijal tu.

Taddaaa... lebar senyuman cik puan melihat hotel yang tersergam indah.

Adoi, malas plak nak menaip.

Kali ni, aku kongsikan gambar-gambar rupa hotel tu serba sedikit. (tak sempat kot nak snap byk2)...

Keadaan Lobi. Lobi ni berkonsepkan terbuka. Tapi harum sangat. Macam masuk spa

 Bilik kitorang di tingkat 7. Lobi di tingkat 3. Sistem lift dier sangatlah excellent. Cepat dan tuntas.

 Some decoration di lobi.

Ok, jom masuk bilik.
.
.
.
v

Ting tong...

 Premier Sea View. Katil King, ada semua kelengkapan yang diperlukan. Tip top even hotel ni dah bukak zaman Mahathir jadi PM lagi.


 Tengok Toiletnyer, best kan. Luas. Siap bleh buka tingkap dari bilik. Tengok si kecil tu. Memanjat sana sini. Yang best juga, ruang Poop dan shower ada pintu berasingan. Jarang ada kat hotel2 lain.



 Ni permandangan dari tingkap bilik 720. Nice.


Adoi, nanti aku update lagi, aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat kat sini. Syok oooo....

4 comments:

Cik Puan said...

Selamat ulang tahun..
wahhhhh...g date letewwwwww..hihiihh

Cikgu Ma said...

patutnya x yah bawak anak...hehe

selamat ulangtahun perkahwinan yg ke3 ^_^

combi said...

seyes best !

::Misz sunsWeetz:: said...

wow nice.. ehm memang sonok la kalo berdua haha g dating keeee? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...