14 January 2011

Bertemu bonda...

* Sebuah kisah yg diperdengarkan dalam Motivasi Pagi, IKIM.FM 14/jan/2011. Diolah mengikut kesesuaian.

Suatu petang yang sangat mendamaikan di sebuah Stesen Komuter.

Seorang lelaki menjalankan rutin harian, menanti komuter untuk membawanya ke suatu lokasi yang entah dimana.

Penantian 20 minit berakhir dengan ketibaan komuter yang kelihatan agak lengang.

Di dalamnya terdapat beberapa penumpang. Ada yang sedang membaca akhbar, ada pula yang sedang melayan alunan MP3, ada juga yang menelaah novel cinta dan ada juga yang hanya termenung membuang pandang ke luar jendela komuter.

Punggung dilabuhkan di kerusi yang kosong. Hanya kedengaran bunyi dengungan komuter. Kadang-kadang terdengar bisikkan dua sahabat yang berbual pelahan. Lelaki tersebut menyandarkan kepala ke belakang. Sungguh melegakan. Jika dipejamkan mata pasti terlena.

Seperti biasa komuter pasti berhenti di setiap perhentian. Ada penumpang yang naik dan ada pula yang turun. Rutin biasa.

Setibanya di sebuah perhentian, komuter berhenti. Kelihatan seorang bapa sekitar pertengahan usia 30 an, bersama-sama dua anak lelakinya masuk ke dalam komuter. Tiada siapa yang perduli.

Si bapa duduk di kerusi, terus tersandar dan melelapkan mata. Damai sungguh.

Namun anak yang masing-masing berusia 3 dan 4 tahun tidak terus ke tempat duduk. Gerabak komuter yang agak lengang sangat sesuai dijadikan tapak permainan.

Keduanya berlumba lari dari hujung ke hujung. Kedengaran hingar bingar suara mereka menjerit-jerit sambil berlari. Bunyi hentakan kaki kecil mereka sangat menjengkelkan.

Puas berlari, mereka panjat pula tiang-tiang besi, bergayut di sana sini.

Kemudian berlari lagi sambil menepuk-nepuk kaki para penumpang. Keadaan yang tadinya sangat tenang berubah menjadi sangat huru hara. Penumpang berbisik sesama sendiri apabila melihat si bapa hanya diam sambil tenang menutup mata, terlena.

"Apa punya ayah lah camni, selambe jek biar anak2 camtu"

"Ish, ayah diorang ni tak ajar ker?"

"Aku penyepak juga budak2 ni, dengan ayah dier skali"

Lelaki yang sedari tadi terasa agak kurang selesa, berdiri dan menuju ke arah si bapa yang sedang terlena. Dia sudah tidak mampu mengawal perasaan. Namun masih mampu menahan emosi.

Dia duduk bersebelah dengan si bapa. Disentuh paha bapa tersebut.

Terasa sesuatu menyentuh pahanya, si bapa tersentak. Lalu terpinga-pinga memerhati lelaki di sebelahnya.

"Tuan, boleh tak tolong kawal anak-anak tuan, mereka agak mengganggu penumpang yang lain"

Si ayah memerhatikan anak-anaknya yang leka bermain dengan riuh rendahnya.

Dia berdiri. Termagu seketika, lalu duduk kembali. Ditekupkan muka dengan kedua-dua tangan, lalu si bapa menangis teresak-esak.

Lelaki di sebelahnya terkesima dan terkejut. Tindakan si bapa betul-betul membuatkan beliau rasa tidak tentu arah.

"Tuan, kenapa ni? Bawa bersabar. Cuba cerita apa masalahnya"

Dalam keadaan tersedu-sedu, si bapa dengan bersusah payahnya memulakan bicara.

" Beberapa minggu yang lalu, isteri saya mengadu sakit kepala. Saya dah bawa dia ke hospital. Doktor mendapati terdapat ketumbuhan di dalam kepalanya."

Si bapa memulakan bicara. Beliau menyambung lagi.

" Jadi isteri saya telah ditahan di hospital. Doktor tak benarkan anak-anak saya melawat ibu mereka"

"Jadi apa yang berlaku?"

"Anak-anak saya seperti hilang kehidupan mereka, diorang jadi murung dan tak aktif. Tak makan, dan tak mahu bercakap"

Lelaki tadi mula memahami perasaan si bapa. Si bapa menyambung lagi.

"Melihat keadaan tersebut, saya merayu pada doktor untuk membenarkan anak-anak saya melawat ibu mereka walaupun seketika. Isteri saya juga bersungguh-sungguh nak berjumpa dengan anak-anak sebab sudah tidak tertahan menanggung rindu."

Si bapa mula sebak kembali. Namun digagahi jua untuk menyambung ceritanya.

"Dengan berkat doa isteri, maka doktor memaklumkan anak-anak kami dibenarkan melawat ibu mereka hari ini. Sewaktu saya memaklumkan berita itu kepada anak-anak, mereka sangat gembira. Semalam mereka tidak tidur. Hari ni mereka bersiap awal-awal lagi. Sangat tidak sabar bertemu ibu mereka"

"Oh patut lah mereka agak ber'gembira' dalam komuter ni, tapi kenapa tuan menangis?"

"Sewaktu saya dan anak-anak masih menanti komuter ni, saya mendapat panggilan dari hospital. Katanya, isteri saya sudah tidak mampu bertahan melawan penyakitnya. Isteri saya meninggal dunia baru saja kejap tadi."

Lelaki itu tersentak. Dia sangat bersimpati kepada si bapa.

" Maafkan saya"

"Masalahnya sekarang, macam mana saya nak bagitahu pada anak-anak saya yang mereka akan bertemu bonda mereka buat kali terakhir, itu pun mereka hanya akan menatap tubuh ibu mereka yang sudah tidak bernyawa lagi"...

Moral: Kita selalu mencemuh seseorang tanpa cuba memahami masalahnya. Kita melihat keadaan luarannya dan terus membuat kesimpulan. Tetapi emosi dan pandangan kita akan berubah bila kita mula mengetahui situasi sebenar.

Catatan SCHA: Miss u so much..

4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sedihnyaaa.... T ___ T

ftrhd said...

tersentuhlak baca cerita ni..ermm

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum

yupppp kena selidik dulu baru mecemuhhhh karang terpalit kat muka sendiri payah kannn

umiauni said...

hehe,ok papepun we shall investigate dulu.. jgn serjap jarang jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...