22 December 2008

Rehat sebentar bersama....

Seperti yg dimaklumkan dalam entry sebelum ni, SOT akan bercuti sehingga 2 jan 2009... Jadi bersawang ah kejap blog ni..

Namun sekembalinya SOT nanti, beberapa entry akan muncul, antaranya...

  • Sekitar walimatul Urus Ebot...
  • What Happenned in 2008 (siri Dunia dan Kehidupan SOT)
  • International Robotic Competition..
  • Azam 2009...
Jadi, ini adalah entry terakhir utk tahun 2008... Terima kasih kepada semua yg menyokong SOT selama ini...

JUMPA LAGI TAHUN DEPAN.. 2009..

20 December 2008

Tamat Sesi Julai 2008

Alhamdulillah, dengan berakhirnyer mesyuarat peperiksaan sebentar tadi,maka berakhirlah sudah sesi p&p bagi Julai 2008...

Syukur juga, tugas pertama SOT telah dapat dijalankan dengan jayanya...

Pencapaian pelajar juga agak membanggakan...

  • SKE2D (E2002) - semua pelajar lulus walaupon takde seorang pon yg dpt A...
  • SKE1B (E1003) - semua pelajar lulus dengan 3 org mendapat A
  • Koko 2 (JPA3) - semua lulus dengan org mendapat
Bermula Sesi Jan 2009, SOT akan memegang beberapa kelas utk beberapa subjek..

  • E2002 (sistem elektronik 2) - SKE2C
  • E1003 (Amali kejuruteraan 1) - SKE1A
  • T3410 (softskill)
  • Ko Kurikulum 2
Ini semua belum termasuk Projek dan beberapa matapelajaran Assist...

Semoga Sesi P&P Jan 2009 akan lebih cemerlang, gemilang dan Terbilang... InsyaAllah...

(sekarang ni dah mula cuti sehingga 2 jan 2009, cuti semester terakhir sebelum menggunakan sistem cuti tahunan)

18 December 2008

What Happenned in 2008... (part 1)

Emm, penatnyer... baru tiba dari UIA Gombak menghadiri International Robotic Competition.. nanti biler ader pic, SOT akan buat entry khas mengenainyer...

Xtually sewaktu membaca satu majalah (MYC NEWS), ader ah satu kolum yg agak menarik perhatian... berkaitan semua yg berlaku dalm 2008 (yg menarik ah)... so, SOT dapat idea utk wat mende yg sama dalam blog yg baru daftar utk statcounter (thank 4 info xeea)...

Menjelang ke tahun 2009 yg tek berapa hari je lagi, so amat sesuai ah entry ini dibuat...
TOP 10 What Happenned in 2008 - Siri Malaysiaku Tercinta


1. Minyak... minyak .... minyak....



emmm.. duduk kat kedai kopi, buka surat kabar, tgk tv, layan internet, chit chat di pejabat dan sampaikan ke mesyuarat tingkap, isu harga minyak mmg menjadi topik paling hangat diperkatakan... Uishhh.. dari RM1.92 ke RM2.70...byk tu naik.. Harga minyak buat pertama kalinyer naik hingga lebih USD100 setong.... Tapi alhamdulillah sekarang dah turun balik RM1.80.. tu pon masih adr mulut2 jahat duk kutuk kerajaan... ops..


2. PRU 12



Tetiba jek BA dah jadi PR... tapi ubah nama dah dapat superpower... mau tak nyer, dah tawan Kedah, PErak, Penang dan Selangor..Kelantan plak stil kubu kuat... BN, walau masih memerintah dah jadi mcm org yg kalah plak.. serba tak kena.. para pemimpin duk pening kepala cari kesilapan... yg jelas, pembangkang makin ego n berani wat sesuka hati ... xtually PR ni betul2 kuat atau rakyat sajer jek nak hukum kerajaan... malas nak komen.. ni bukan blog politik...

Lagi pon SOT kan SPR, mana bleh komen lebih2 ... hehhehe


3. Mari meruntuhkan tanah... Ha? Tanah runtuh ah...



Di tangga ke-3, tanah runtuh, meruntuhkan tanah dan tanah yg meruntuhkan... kejadian di Bukit Antarabangsa dan keruntuhan rumah juruterbang yg meragut beberapa nyawa yg berharga telah menggegarkan Malaysia utk tahun 2008 ni... semua org pon duk sibuk ah nak haram itu dan nak halang ini... emm mende sama yg diulang setiap kali bencana mcm ni terjadi... so, tak heranlah babak sama akan berulang kalau ader lagi bukit yg runtuh....


4. Isu2 DSAI...


Byk jugak isu politik yang hangat utk tahun 2008.. Datuk Seri Anwar Ibrahim yg paling menyerlah... isu liwat dengan Saiful, masih dalam perbicaraan... berjaya kembali ke parlimen, beza nyer, klu dulu 2-3 jam bentang budget, skrg 4-5 jam lawan budget ... pastu isu 'impianku nak jadi PM' ... skrg ni senyap skit ah, tapi diam2 gunung berapi ni, so hati2 semua... ish3....

5. Kilauan Perak Olimpik BEijing...




08/08/08 tarikh yg canteekkk, menjadi permulaan di mana semua org mula buka stadium kat umah sendri (stadium astro).. pon begitu, rakyat malaysia semua duk ternganga melihat aksi Chong Wei (dah dapat Datuk pon) berjaya ke akhir individu badminton... aksi Chong Wei mmg gagah pada pertandingan separuh akhir.. tapi nampak longlai biler lawan ngan Lin Dan ("aksi yg terbaik dan mustahil diulang"kata Lin Dan... Tapi dah bawak balik sebutir perak pon, kire ok ah... 4 tahun lagi kiter amik emas plak ek...



6. ISA... bukan Isa Sabu but Akta Keselamatan dalam Negeri..



Tahun 2008 mmg byk kisah politik yg menggegarkan. isu ISA tak terlepas ... Raja Petra, Tan Hon Chen dan Teresa Kok, individu yg dianggap"mengancam keselamatan negara"... klu pk2, mmg mengancam pon. Patut tahan lama skit (ops, matilah kang aku plak kena ISA)... Kes ISA ni ditambah skit perasa sampaikan sorang menteri letak jawatan, pastu tak lama lepas tu dah kena pecat dari UMNO (Zahid Ibrahim kot nama dier)...


7. Najib bakal PM...




dah sampai tangga ke-7... Tahun ni pon tahun yg agak 'berat' buat Pak Lah.. byk tekanan yg dier terima.. KEsian Pak Lah... Akhirnyer, demi kesejahteraan negara yg tercinta, PAk LAh umum Najib bakal PM yg baru start MAc 2009... Aku sebagai anak Pahang berbangga ah jugak, sbb bakal org No 1 negara datang dari tanah Pahang.. kot2 ah Pahang bleh maju skit... byk jugak kisah2 kureng sedap didengar pasal Najib.. so just tunggu dan lihat...( aduh, pening betul ah tulis pasal politik ni)...



8. *Oik...Oik*




Aduh, tahun 2008 ni bleh ah jugak dikatakan tahun 'binatang pink' ni memenuhi muka akhbar... Binatang hidung besar ni nak diternak di Selangor secara besar2an.. guna teknologi tertinggi tu... jgn sampai negara ISlam jadi pengeksport utama 'Kerbau pendek' sudah ah... eh, tak cukup ngn Selangor, Kedah pon nak bela jugak... Makin byk ah menatang Mughallazoh ni kat tanah tercinta ni... Kat Melaka plak, kepala menatang ni diorang wat DECO bersama Erik plak.. Sangkut kat pagar, kat depan sekolah, buat hiasan kat Pantai... emmm mcm2...( lepas ni SOT nak wat bisnes sabun tanah ah plak, mesti ramai beli sbb selalu nak kena samak) huhuhuhuhu...



9. Datuk oh Datuk...



2008 jugak menyaksikan rmai dah rakyat Malaysia yg jadi DAtuk (kurniaan Sultan dan Yg Dipertuan NEgeri).. tak kurang jgk bangsa asing... yg paling menyerlah Datuk Shah Rukh Khan... uishhh, samapai ke PArlimen isu ni... Datuk Lee Chong Wei pon menjadi buah mulut jugak... Datuk Nicol David jugak yg duk menang tanpa henti, bagus3.... apa lah diorang duk pertikai, yg tukang bagi tu bukan calang2, ader ah sebab dan musabab nyer kan... nnt samapi ah turn korang plak...

10. Mawi kahwin Ikin...




Tetiba jek isu artis bleh join dalam agenda negara... takpe ah sbb perkahwinan diorang ni betul2 menggegar negara... kalah dah kot Datuk Siti.. yelah, mana ader lagi org kawin siap ader SMS, kursus kahwin masuk Tv, pastu ader dokumentari lagi, naik helikopter utk majlis bertandang dan mcm2 lagi ah... so isu ini layak utk berada dalam ranking ke-10 what happenned in 2008 - siri Malaysiaku tercinta....


.....


So inilah sajer carta untuk siri Malaysiaku Tercinta.... walaupun byk lagi isu dan perkara yg berlaku sepanjang 2008, tapi ini 10 yg paling hangat dan menggegarkan dari kaca mata SOT... klu korang raser ader yg lebih hangat dan menggegarkan... korang tulis ah dalam blog korang sendrik...hehehhehehe....

17 December 2008

Kucing Jantan = Manusia Lelaki

Artikel yg agak menarik ini di forward kan oleh Asparina ke email SOT... Tapi SOT edit skit utk menyesuaikan bahasa agar lebih menarik..

Artikel ni sesuai dibaca dan dipraktikkan oleh golongan wanita, malah sangat sesuai bagi wanita yg masih cuba mengenal siapa lelaki...

Setelah dinilai dan diperhati, ader beberapa perangai kucing jantan ni samer ngan perangai lelaki (bukan semua, tapi majoriti lelaki).....


1. Kucing jantan suka dibelai...




Orang lelaki pon mmg suker dibelai.. Tak kira ah dibelai oleh mak, awek, atau isteri.. Tapi AWAS, mereka juga boleh mencakar kalau dibelai secara kasar... Jadi berlembutlah dengan lelaki... Lelaki tak suka pada perempuan yg kasar...

SOT: Tak sabar nak dibelai oleh insan bernama isteri..ops...


2. Kucing jantan kuat makan & cepat lapar



Kucing memang kuat makan lepas tu cepat sgt lapar... Sama ah dengan lelaki, kuat makan dan cepat lapar.. bukan makan masuk perut jek, malah makanan batin gak.. Jadi sedia ah makanan yg cukup utk suami anda (terutamanya) kedua2nya, zahir dan batin...

Yang paling penting, makanan tu dimasak sendiri oleh wanita kesayangan lelaki tersebut.. Seorang suami sukakan masakan isterinya. Jadi pada 'girlfriend2' yg tak pandai masak tu, belajar lah ek kalau tak mau kekasih hati anda tu cari makan kat tempat lain...


SOT: Xeaa... khas utk ko ni...kihkihkihkih...


3. Kucing jantan kuat tido

Lelaki memang kuat tido (uishhh). Jadi bagi ah peluang kat kitorang utk tidur secukupnyer.. Kalau tak, kang tak pasal2 ader yang mengamuk.. Mcm kucing plak, dier tak mengamuk kalau korang kacau dier tido tapi dier akan tukar tempat tido... Korang nak ke suami korang tukar tempat tido????....Jadi jgn kacau time dier tgh tido....


SOT: ZZzzzzZZZZzzzzz


4. Kucing jantan suker merayap

Lelaki pon memang suker merayap (selalunyerlah)... Kitorang ni suker sgt merayap, melepak dengan member2... kiter selalunyer melepaskan kucing kiter sebb kiter tahu dier akan balik umah sendiri... Mcm tu jugak ah dengan lelaki..

Tapi kalau kucing mahal, kiter kurung dalam sangkar. Cuba kiter lepaskan dier, confirm dier lari sbb dah jumper kebebasan. Kesimpulan jgn kurung lelaki...


SOT: Aku tak rela dikurung....huhuhuhu


5. Kucing Jantan mahal makan Friskies, kucing kampung makan nasi..

Sama cam lelaki, kitorang ader taste memasing.. So kaum wanita kena ah faham taste lelaki tu dlu sebelum wat relationship ngan dier... kena saling memahami...


SOT: Suker makan sushi Salmon mentah (mcm kucing kerrr?)


6) Kucing jantan tak suker dipaksa



Emmm, yg ni mmg sgt2 betul dan tepat sekali... Lelaki mmg pantang dipaksa... tapi kalau dier paksa takpe (huhuhuhu).... Mcm kucing mana bleh kiter paksa2 dier tido.. mau dikekah nyer nanti. SO jangan paksa lelaki... bagi ah kitorang space skit.. Tapi yg isteri2 tu, pantau jugak suami anda.. Takut main 3 kayu plak (kayu 3 ke .....hahahahha)....


SOT: Takut sgt org laki main kayu...bukan memudaratkan pon...heheheheh

16 December 2008

Temuduga PPPT DH41 (tips dan pengalaman)

Entry ni khas buat sahabat yg sering diingati, AL-Husaini... memandangkan sahabat SOT yg manja sgt ni, minta tolong pasal interview ngan SPP, so SOT buatlah entry ni...moga2 dapatlah membantu serba sedikit...

Biler terima comment dari Al-Husaini pasal interview, barulah SOT perasan yg SOT belum wat entry berkenaan interview ni..

Xtually, SOT dah diinterview utk pengesahan Jawatan PPPT DH41 pada 5hb Disember 2008. Berita berhubung interview itu dah diperolehi seminggu sebelum tarikhnyer...
PERSEDIAAN

1. Mengulangkaji isu2 berkaitan..Antara isu2 yg relevan dibaca dan dihafal termasuklah
  1. 7 teras pelan strategik pengajian tinggi negara
  2. Falsafah Pendidikan Negara dan Kebangsaan
  3. 9 cabaran wawasan 2020
  4. 10 prinsip Islam Hadhari
  5. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (6 teras)
  6. Visi dan Misi KPT, JPPKK dan POLISAS
  7. Rukun Negara
  8. Isu2 Semasa
  9. Menteri2 KAbinet
  10. Ketua Setiausaha KPT, Pengarah JPPKK dll.

2. Menyediakan semua dokumen yg diperlukan. Dilampirkan bersama surat panggilan temuduga atau boleh di download dari web SPP.

3. Menyediakan pakaian yang sesuai. Antara tip pemakaian..


  • Baju Kemeja warna plain yg cerah..Paling sesuai biru muda.
  • Blezer (wajib sbb interview utk post pengurusan dan profesional)
  • Seluar Gelap sewajarnya sedondon dengan blezer.
  • Kasut Kulit Hitam (sepatutnyer bertali)
  • Tanda nama Kerajaan (tulisan putih background hitam)
  • Rambut dan kuku mesti pendek..
  • Tatarias menarikk...
4. Banyak bertanya pada senior2 dan mintak tip2 berguna...

5. Rehat, bertenang dan banyak berdoa..
HARI TEMUDUGA

Pagi 5 disember 2008, SOT bangun seperti biasa.. Baju yg nak dipakai dah digosok malam sebelumnya... mandi, solat..

Then bukak notebook n suft internet.. bukak web page utusan.com.my utk tgk headline surat khabar hari tersebut... Penting utk tahu tajuk2 utama akhbar pada hari temuduga (soalan popular ni)....

Jam 7.15 pagi ke pejabat.. Punch in dlu, sbb temuduga di POLISAS jugak, so takleh ah ah amik cuti...

Jam 7.30 pagi, tiba di tempat temuduga (penting datang awal utk elakkan gelabah)... Kerani tempat temuduga dah tiba... Isi beberapa borang yg perlu dan diberikan angka giliran...

Alhamdulillah, dapat no 2... bagus klu dapat awal utk elakkan tekanan daripada calon2 yg sudah ditemuduga (mcm2 hal tau, ader yg nangis, kena halau) ... mende2 ni bleh menambahkan tekanan dan membuatkan kiter lebih gabra....

Bila nama dipanggil, SOT terus ke muka pintu.. KEtuk 3 kali... masuk dan bagi salam... bergerak ke kerusi dan bagi salam sekali lagi...

"Silakan duduk" suara Datin... (alamak lupa plak nama dier)...

" Awak tak bagi salam ke?".... ops, eh dah dua kali aku bagi salam..

" Maaf datin saya dan beri salam di pintu dan sebentar tadi di kerusi"...beri penjelasan dengan sopan...

"Oh, saya tak dengar" ... (tip: lain kali bagi salam biar Terannnngggg)...

Duduk dengan badan yg tegak.. silang kaki di bawah kerusi, tapak tangan di atas peha.. relak dan tidak terlalu keras... (semua ni SOT buat tau) oh ye, elakkan menyandar...

Penemuduga akan menyelak2 fail kiter, waktu tu jgn gelabah, senyum dan pandang penemuduga dengan tenang...

Soalan 1:
Perkenalkan diri secara ringkas termasuk latar belakang pendidikan dan pengalaman dalam bidang pendidikan...

Soalan 2:
Jelaskan 7 Teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara...

Soalan 3:
Terangakan Teras Kedua: Menambah baik Kualiti P&P

Soalan 4:
Terangkan satu teori pembelajaran..

Soalan 5:
Bagaimana teori pembelajaran tersebut bleh dipraktikan dalam pembelajaran di politeknik..

Soalan 6:
Sebutkan rukun negara

Soalan 7:
Terangkan apa yg dimaksudkan dengan Keluhuran Perlembagaan

Soalan 8:
Sebutkan Falsafah Pendidikan KEbangsaan

Soalan 9:
Terangkan prinsip yg diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Soalan 10:
Terangkan "Membina masyarakat Saintifik" dalam cabaran wawasan 2020

Soalan 11:
Sejauh mana Malaysia berjaya membina masy saintifik...

Soalan 12:
Nyatakan 4 menteri kabinet dengan kemeterianya sekali..

"Baiklah terima kasih"

" Terima kasih datin" bergerak keluar sambil melemparkan senyuman yg paling manis..

Alhamdulillah..Selesai...

Bersyukur sgt sebab penemuduga tersebut sgt baik hati... dier tidak terlalu PSIKO n byk membantu dalam SOT menjawab soalan...

tip terakhir dari SOT, yg penting jujur dalam menjawab.. jika tak tahu nak jawab, terus terang "MAaf, saya kurang pasti"....

Walaupun, ramai yg menangis dan tak kurang jugak yg kena halau... but jgn ah risau... semua nyer pasti berjalan lancar kalau kiter bersedia... Akhir sekali bykkan doa dan bertawakkal...

OK... harap al- Husaini berpuas hati.. n GOOD LUCK...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...