05 August 2009

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman


Emmm... bila bebudak duk bercuti (cuti wabak) ni, SOT pon ader byk masa nak tulis entry yg setambun...

Kali ni, SOT nak kongsi ngan kwn2 sebuah buku yang baru saja SOT abis baca...
Xtually buku ni dh lama kuar, tapi baru skrg SOT berpeluang utk baca...

Travelog HAji: mengubah Sempadan Iman, ditulis oleh Prof Dr Hj Muhd KAmil b. Hj Ibrahim... Pengarah UiTM Cawangan Johor...

SOT berkehendakkan buku ni setelah mendengar ceramah prof yg bertajuk 'Kecil Tapi Signifikan'... ceramahnya sangat baik (xtually bukan ceramah but much on life experience) ... maka tercari2lah SOT akan buku yang satu ini.. susah jugak nak dapat almaklumlah buku ni "the National Bestseller"..terjual lebih 10000 naskah dalam 6 bulan...

Akhiryer dapat jugak hadiah dari Kak Arni, teman pejabat yg berpeluang ke pesta buku di KL....

Buku ni bukanlah menerangkan cara2 mengerjakan haji, but lebih kepada perjalanan penulis dalam mengerjakan haji... beliau menceritakan kisah hidup beliau yg tidak tahu mengaji Quran, tidak solat dan agak jahil pada usia 40 tahun sedangkan beliau seorang prof... buku ini menceritakan perjalanan dan pengalaman beliau dalam usaha menjadi tetamu Allah yang paling istimewa... malah ibadat haji tersebut telah mengubah kehidupannya yg jahil kepada alim...

Banyak yang kiter bleh belajar daripada kisah2 yg terjadi disepanjang ibadat haji yg beliau laksanakan... sungguh menyentuh perasaan dan memberi keinsafan...

Tetap bertemakan H1N1....huhuhuhu

Setelah membelek muka surat pertama buku ni, SOT tak dapat berhenti membacanyer... cara tulisan yg cukup ikhlas sampai ke hati dan sgt mudah difahami...

Sekarang SOT sedang membaca sebuah lagi buku garapan Prof Kamil iaitu "Travelog Dakwah"... kesinambungan dari buku "travelog Haji"...

So, kawan2, cubalah baca buku ni... gerenti uoll berpuashati, dan pasti sedikit sebanyak menyedarkan kiter siapa diri kiter di atas bumi ALLAH ini...

Fantasy Football

15 Ogos ni bermulalah EPL... mcm biasa, SOT still dengan team kegemaran Chelsea... walau dulu giler meminati MU tapi dah 3 tahun SOT minat ngan Chelsea...

Bila bermula jek EPL maka SOT ngan member pon, giler lah main fantasy football... best jugak layan mende alah ni..

Dah 3 tahun lebih berkecimpung dalam dunia fantasy football ni... tapi kebiasaannyer, SOT mesti kalah punyer...

Untuk Tahun ni Sot join dua fantasy football, 1 fantasy premier league
klik gambar utk capaian laman web...

SOt ader menguruskan 1 liga iaitu Liga Poyo poyoan..
Ni code liga klu ader sesaper yg berminat nak join : 850933-175317

Satu lagi fantasy Stadium Astro...

Klik gambar utk capaian web...

Utk Stadium Astro, liga yang diuruskan ialah Liga Piala Hj Imran (kenapa nama ni? suka hati aku jek nak letak)
Code utk liga ni : 10707-1220

So klu ader kawan2 yg minat dengan fantasy football ni, meh ah join SOT dan kwan2 dalam kedua2 liga ni....

SOT: Klu bab fantasy ok jek...suruh main bola real, mau bangku kaki aku....

Berita Terkini H1N1 @ POLISAS...

Memandangkan skrg blog ni dalam mode H1N1, jadi kisah H1N1 jelah minggu ni...

Well, hari ni masih lagi keje dengan bertopeng... keselamatan harus dijaga...

Sumber ader menyatakan, setakat ini tiada seorang pon pelajar mahupon staf POLISAS yg didapati positif H1N1.... cuma mereka2 yang menunjukkan simptom H1N1 dikuarantin dan diberi cuti...

Semalam, pihak pengurusan mengeluarkan notis menutup mulut ketika berurusan akibat 5 pegawai pengurusan dan 3 orang pemandu diberi cuti akibat simptom2 H1N1...

Minggu hadapan para pelajar akan kembali ke POLISAS utk meneruskan pengajian... pastikan uoll yg nak bali poli ni, dalam keadaan sihat wallafiat... SOT dah tak tahan keje pakai topeng ni..sesakkkkkk...

Semalam dalam berita Tv3 pon ader cakap, bercuti dan tutup sekolah ni bukan jalan penyelesaian yg baik utk membendung H1N1... SOT setuju sbb klu bebudak ni cuti, bukan nyer reti nak duk diam kat umah.. meronda sana sini... pastu kaut penyakit...

Then, klu bukak poli nnt wat saringan, pastu ramai yg ader simptom2 H1N1, takkan nak tutup lagi... sampai bila2 pon takde penghujung kes ni...

Yang penting marilah kiter berdoa agar penyakit ini segera trhapus dari muka bumi Allah ini...

Doa Menghindar Wabak Tersebar

Aku membenteng diri dengan nama Allah yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan.
Aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan tiak nyata.
Aku bertawakal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak akan mati selama-lamanya.
Semoga Engkau hindarkan kami Ya Allah dari bala dan wabak.
Sesungguhnya Engkau maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu..

04 August 2009

Keadaan Terkini H1N1 di Polisas..


Tajuk mcm gempak jek... Xtually blog ni bukan ah media rasmi yg melaporkan keadaan yg berlaku...hehehhe
Mcm biasa ah blog ni melaporkan kabar2 angin yg bertiup kencang... kebenarannya masih boleh disangsikan...

Hari ni dtg keje mcm biasa... badan still ok, takde rasa lain macam pon... cuma keadaan di Polisas ni mcm darurat plak (mcm ah aku pernah melalui zaman darurat). Kawasan kampus sunyi sepi... takde pon bebudak yg berjalan sepanjang laluan ke pejabat...

Tiba di pej (hari ni lewat lagi, dah 2 hari lewat), tgk kawan dah ramai yg pakai mask... makin berdebar dibuatnyer...

pic: SOT masih seorang lecturer bukan jururawat@doktor....


makin rasa mcm tak sihat... nampaknyer SOt pon kena ah pakai mask utk pastikan keadaan kesihatan sentiasa unggul.....

Terbaru, dikatakan ader seorang pelajar yg dikuarantin kini dlm keadaan tenat akibat H1N1... dan seorang driver juga turut positif H1N1... tapi mcm yg sot ckp tadi.. ini semua kabar angin semata2... kebenarannya tak dapat dipastikan...

Pagi tadi, di pej Sot ni dah ditampalkan doa menghindar penyakit tersebar... YElah dalam usaha kiter nak bendung penyakit ni, kiter juga wajar bermohon kepada-Nya, semoga kiter dilindungi dan ditamatkan bencana yang menimpa ni...

Di harap minggu depan dapatlah POLISAS beroperasi seperti sedia kala... InsyaAllah... Pihak pengurusan dilihat berusaha keras bagi membendung pendemik yg menjadi masalah dunia hari ini.....

03 August 2009

H1N1: Datangnya tidak diundang...

"Encik, jadi ke pendaftaran pelajar lama, Poli dah tutup kan?..."

"Encik, kitorang ni cuti seminggu kan?..."

"Polisas dah tutup ke?...."

Pelbagai soalan yg memenuhi ruang SMS hp SOT sejak tgh malam tadi...

Nak jawab aper... SOT sendiri tak pasti berkaitan isu ni...

Pagi tadi sampai jek POLISAS... keadaan normal... cuma benarlah kata2 beberapa pelajar, pelajar semester 1 diberikan cuti dan sebahagian yg mempunyai simptom H1N1 di kuarantinkan di asrama.. but pendaftaran pelajar diteruskan...

Dalam jam 10 pagi tadi... sedang SOT berbual sakan dgn kawan2 sekerja.. tetiba seorang teman mendapat panggilan telefon... "o...o... so diorang cuti... abis staf camner?... o .... o... ok"...

Camtulah serba sedikit perbualan teman SOT tu... tetiba dier bersuara agak tinggi...

"Perhatian, pendaftaran pelajar dihentikan serta merta... pelajar diminta balik ke KG segera dan pulang semula minggu hadapan dalam keadaan sihat..."

Oh NO... tetiba je rasa seram sejuk biler tau hasil saringan hari ni, lebih 60 org (sumber tak rasmi) pelajar mempunyai simptom2 H1N1.... terasa badan yg sihat pon lemah berpenyakit...

"Abis staf camno?"

"Belum ader apa2 pengumuman berkaitan staf"

Jadi kini POLISAS dah dimasukkan ke dalam senarai IPT yang ditutup akibat serangan Pendemik Influenza A H1N1....

Adui, banyaklah kelas tertangguh klu camni...

SOT: abis aku ni camno.. takkan nak kena keje gak di tempat berwabak penyalit ni.. kurang2 bagi ah cuti gak..huhuhuhuhuhu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...