26 May 2009

KMK lah pulak...


KMK = Kumpulan Meningkat Mutu Kerja...

KMK merupakan satu usaha yg dijalakan dalam badan2 kerajaan utk meningkatkan mutu kerja dalam organisasi...

Kumpulan dibentuk utk menilai masalah yg wujud dalam organisasi dan mencadangkan serta melaksanakan langkah2 penyelesaiannya...

POLISAS belum pernah mewujudkan kump KMK (sepanjang pengetahuan SOT lah).. namun tahun ni POLISAS bakal menyertai Konvesyen KMK peringkat negeri pahang...

SOT merupakan salah sorang ahli KMK polisas yg diberi nama DM'SAS... kami mewakili JKE dan PoLISAS...

Sebelum ni SOT hanya ahli biasa...but since ketua kumpulan cuti bersalin, kini SOT dah jadi ketua...

Skrg tgh sibuk update dokumen sebab jumaat ni due date utk hantar penyertaan...

KAwan2 semua doakan SOT agar SOT berjaya...

25 May 2009

Selamat berjaya...


Selamat Berjaya...

Buat pelajar2 SKE2C, semoga berjaya dalam menjawab kertas akhir E2002 Sistem Elektronik 2 esok (26 mei 2009)...

Sebagai pensyarah anda semua, saya mendoakan agar anda semua akan berjaya hendaknyer... Amin

Pelamin buat teman...

Baru selesai majlis perkahwinan adik SOT 10 mei lepas... meriah betul, hampir 2000 tetamu yg hadir.... (gambar2 akan dikongsikan kemudian)...

Minggu depan ni akan berlangsunglah pula majlis perkahwinan seorang teman yg sgt rapat dengan SOT...

Rozaina a.k.a Anja... SOT dan Anja dah berkawans sejak 24 tahun yg lalu.. ibu Anja ni (Mak Mah) merupakan pengasuh SOT sejak SOt berusia 2 tahun lagi... disebabkan mama SOT bekerja, jadi SOT dihantar ke rumah Mak Mah...

Sejak itulah SOT berkawan dengan Anja ni...

Eratnya kami berdua sampaikan, bila Anja pakai baju kurung, SOT pon menangis nak pakai baju kurung (ish, malu kalau dikenang)... main pondok sama2..... main kawin2 sesama....

Kami ke tadika bersama2... sekolah rendah pon sama2....

Sekolah menengah jugak bersama2.... paling manis, gi mengaji malam2 pon brsama2....

Kami ni dah macam adik beradik.. yelah membesar bersama2...

Jadi tak jadi peliklah bila jiran tetangga menjangkakan kami akan dijodohkan bersama....

Tapi jodoh itu ditentukan Tuhan.... Minggu depan Anja akan dijodohkan dengan pemuda pilihan hatinya... dan SOt pula akan menjejak dunia berumah tangga hujung tahun ini dengan insan paling istimewa....

Pon begitu, kami tetap bersahabat dan memori yg ada sentiasa tersemat dalam hati...

Sebagai teman paling rapat dengan Anja, SOT mendoakan agar segala kebahagiaan akan menjadi milik Anja dan pasangannya hingga akhir hayat, dunia akhirat....

21 May 2009

Aku kembali dengan semangat baru


Aku harap aku akan kembali....

Mcm pelik jek ayat kan...

Tapi itu mmg harapan aku.. aku mmg mengharapkan aku akan kembali mengaktifkan blog ni...

Kawan2 camner semua.. sihat ke?

Sekarang kesibukkan dah berkurangan...

InsyaAllah, blog ini akan dibersihkan dari sawang2 yg dan bertimbun...

Sot masih perlukan masa yg panjang utk membersihkan blog ni... dlm kata lain nak aktifkan balik blog ni...

mohon sokongan dari kawan2, rizzz, nuar, epul, aziyana, kalid, xeaa, dan lain2...

Seronok dapat kembali...

22 April 2009

Tahniah POLISAS

Tahniah!!!

Tepat jam 4.35 ptg tadi, pihak SIRIM telah membuat pengumuman bahawa POLISAS layak menerima pengikhtirafan ISO 9001:2008.

Syukur Alhamdulillah, usaha semua pihak akhirnya berhasil.




Namun, SOT masih belum dapat memberi perhatian kepada blog ini.. minggu2 mendatang SOT akan sibuk dengan Konvokesyen POLISAS, ROBOCON 2009, Perkhemahan JPA3 dan Walimatul urus adik tersayang...

Maka masih bersawang ah blog ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...