14 November 2008

Lawatan Industri Cameroon Highland

Sebenarnyer dah lama SOT nak wat entry ni, but gambar takde... hari ni baru dapat sebahagian pic2 nyer...

22 - 23 okt yang lalu, SOT bersama seorang lagi pensyarah, Noran telah ke Cameron highland sbg pensyarah pengiring lawatan industri. Lokasi utama lawatan - stesen janakuasa habu...

Gaya seorang pensyarah pengiring...candid ni, tak sedar pon student snape pic ni..

Xtually, student ni, bukanlah student SOT.But PA diorg mintak SOT mengiringi pelajar2 ni atas sebab beliau kesibukkan keje pada tarikh tersebut...

Nilah pelajar2 yg mengikuti lawatan ni...turun jek diorang ni semua mabuk (termasuk ah SOT, nasib baik tak muntah)

LAwatan ke Stesen janakuasa Habu 2 hour jek... tapi berjalan2 'cari pasal' kat cameron sampai 2 hari... bebudak ni, bukan nak gi janakuasa sgt, nak berjalan jek lebih...

Ni salah satu pic kat kedai bunga di Cameron, sorang student ni (they call him DAFI) rajin sgt tolong amik...pensyarah diorang nak relex jap pon tak senang..heheh

Apa2pon, enjoy gak join this trip sbb bebudak ni sempoi abis...yelah pensyarah pon main redah jek... abis jugak ah dana dekat RM200 beli sayur n buah2an...

Yang tak best nyer, on the way balik ke Kuantan, area Gambang dah pon, bas POLISAS rosak... ish3... bertenggeklah kitorang tepi jalan tunggu bas lain dtg amik...

1st time as English MC...

HAri ini, 14 nov 2008, tercipta satu lagi sejarah hidup SOT apabila SOT dilantik menjadi pengerusi majlis. Mungkin tugas ini sudah biasa dipikul oleh SOT sejak belajar di universiti lagi, pon begitu, kali ini tugasnyer agak berbeza.

Pengerusi majlis utk versi bahasa inggeris....Utk majlis Anugerah Ketua JAbatan JKE POLISAS sesi julai 2008.

Walaupon mcm tak yakin,namun digagahi jua. Alhamdulillah semua nyer berjalan lancar.

thank to kak arni, dee n ai fang sbb sudi tolong wat text...

Bersama pesyarah-pensyarah yang bertugas sebagai penyambut tetamu...

Bersama Pengerusi MAjlis VErsi BAhasa MElayu

Sebahagian AJK Majlis Anugerah KEtua JAbatan JKE Julai 2008

11 November 2008

Tarikh Telah Ditetapkan...

Dalam tempoh sebulan bertunang hari ini, mungkin terlalu awal utk membincangkan tarikh perkahwinan...(yelah, duit pon tak cukup lagi..hehehhe).

Pon begitu, bagi pihak perempuan, tarikh perlu ditetapkan segera bagi memastikan tidak wujud sebarang masalah berhubung persiapan perkahwinan...

Justeru itu, satu tarikh telah dicadangkan oleh pihak mereka utk pertimbangan pihak lelaki...

Bilakah tarikh nyer????

Emmm masih menjadi 'top secret'..tungguuuuu...(macam artis plak main sorok2 tarikh kawin)...

08 November 2008

Aku ditikam, atau tertikam mungkin cuma terasa tikaman...


Ader org pernah ckp pada aku...buat kerje jgn harap org sgt.. Jgn selalu mengharap budi.. Sbb semua budi org tak semestinyer ikhlas...

Tapi ader juga yg ckp...apa yg penting? kerjasama...apa yg penting? kerjasama....

Pon begitu, hari ini, hati aku mendung, semendung awan hitam kat luar rumah....

Kerana senyuman manis tak selalu membawa hadiah... Hilai tawa mesra belum tentu bermakna sahabat... Jgn mudah merasa selesa dengan kata2 manis yg tiada pahitnyer...

Klu baik niatnyer Alhamdulillah.. klu jahat niatnyer, aku redha..hidup bukan selalu menjanjikan kebahagiaan....SOT.

04 November 2008

Pantang larang bakal pengantin. Part 1...

SOT ni mcm dah nak naik pelamin jek biler wat entry ni... sebenarnyer klu diikutkan kepada pantang larang org tua, bakal pengantin perlu bersedia berbulan2 sebelum majlis perkahwinan...

SOT yg agak kuno ni...mengikut jugak serba sedikit pesan org tua...yelah, diorang kan lebih awal makan garam dari SOT ni (walau SOT lebih awal makan nestum)..

Berikut beberapa pantang larang yg sedang SOT cuba ikut...(mcm berat jekkk)

1. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah nanti perut buncit ( ops perut aku mmg dah buncit)..

2. Jangan buang air besar dan kecil serentak..terutama dalam air boleh melemahkan prestasi batiniah....ops.

3. Kurangkan makanan manis terutama minuman bergas nanti parah dimalam pertama..

4. Makan sekali sehari jek.... ish3 yg ni yg susah ni...

5. Pakai seluar dalam yg longgar jek... jgn tidur meniarap... semua ni utk prestasi malam pertama....ops.

6. Mengamalkan makan jamu.

7. Kurangkan minum air batu n sayur sejuk (timun, kangkung, bayam, air kelapa)

8. Jangan minum air soya...

9. Tidak merokok...SOT mmg tak merokok..

10. Byk amal ibadat dan byk berdoa utk kesejahteraan...

Selaku org muda yg cetek ilmu, pantang larang mcm ni memang wajar diikuti...bukannya apa, org tua tahu apa yg mereka katakan sebab mereka telah melaluinya...

untuk part 2, SOT akan berkongsi pantang larang yg mengelakkan sihir dan kianat org yg berdengki dengan bakal pengantin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...