24 September 2008

Duit Raya Telah Tersedia....


Tghhari tadi, Zue a.k.a kak Nor seorang staff kat pej nak ke bank menukar duit as 'duit raya'. So SOT pon tak lepas peluang nak menumpang tukarkan duit jugak..

"Ko tolong tukarkan duit RM1 utk RM50... then duit RM200 ni ko tukar duit RM5..." SOT mengarah...

"OK" Zue bersuara sambil menerima wang Rm250 dari SOT.

Petangnya....

" Zul ni duit ko..." Zue menyapa SOT..

" Eh eh, mana duit RM5...?"

" Duit Rm5 dah abis ah...ko tau dah 4 bank kitorang gi.. semua duit baru dah abis...."

ooooo...baru ah SOT tau..ramai juga org kiter ni yg nak beramal jariah Aidilfitri ini...Alhamdulillah...

Akhirnya, RM200 yg sepatutnya ditukar kepada wang RM5 terpaksa ditukar dengan RM10... maknanya kena ah cari lagi kat mana2 duit RM5 ni....ish3

Mencari Cinta

Dalam sebuah kelas, seorang pelajar mengajukan suatu persoalan kepada gurunya

Pelajar: Cikgu, apakah yg di maksudkan dengan cinta?

Guru: Kamu berjalanlah ke pandang gandum yg luas itu, tanpa boleh berundur. Dapatkan sebatang ranting kayu yang kamu rasakan ia cukup menakjubkan. Sekiranya berjumpa, maka kamu telah menemui cinta.

Maka berjalanlah pelajar itu mencari ranting kayu yang cukup menakjubkan. Namun beliau pulang dengan tangak kosong.

Guru: Mengapa kamu tidak membawa pulang sebatang ranting pon?

Pelajar: Seawal perjalanan saya telah menemui sebatang ranting yang cukup menakjubkan. Tetapi saya tidak mengambilnya kerana bimbang akan bertemu yg lebih menakjubkan di depan sana. Namun saya tidak menemui sebatang ranting pon selepas itu.

Guru: Maka itulah cinta.

Keesokkannya.

Pelajar: Cikgu, apakah maksudnya perkahwinan?

Guru: Kamu berjalanlah dalam hutan yang subur itu. Jgn berundur. Apabila kamu bertemu pokok yg cukup baik, subur, tinggi dan menakjubkan, tebanglah ia.

Pelajar itu mengikut arahan gurunya, kemuadian dia pulang membawa sebatang pokok yg tidaklah menarik, tidak jga tinggi dan tidaklah terlalu subur.

Guru: Kenapa kamu potong pokok seperti ini?

Pelajar: Berdasarkan pengalaman lalu, apabila bertemu pokok ini dipertengahan jalan, saya terus memotongnya utk dibawa pulang. Saya tidak mahu pulang dengan tgn kosong. Pada pandangan saya pokok ini sgt sempurna utk saya. Saya hanya mahu memilikinya dan tidak mahu kehilangannya.

Guru: Maka itulah perkahwinan.

Moral : Usahlah terlalu memilih cinta, bimbang anda akan terlepas, dan jgn terlalu memilih jodoh, terimalah ia seadanya. Tiada manusia yg sempurna. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya

20 September 2008

Berbuka @ Lepar Hilir 1

Rabu lepas semperna cuti Nuzul Al-Quran, mama SOT telah menjemput kawan2 sekerja SOT utk berbuka pose kat umah de Lepar Hilir 1...

Antara tetamu yg hadir termasuklah JEmang, Pian, Huda, Mekna, YAna, Mas, Sara, Mar dan Noni. Tetamu yg turut dijemput tetapi tidak dapat hadir termasuklah Wak, Nizam dan Asma.

Menu berbuka mmg tak terkata sedapnyer. Antara menu, ikan tapah masak asam cili api, ikan bakar, kerabu kerang, kari ayam kampung, roti jala, agar2, air tebu dan air kelapa.

Semua tetamu nampak sgt kekenyangan sbb terlalu byk makan.

Nway thank to all of fren sbb sudi datang ke teratak bonda SOT yg jauh dalam hutan sawit tu. Thank to mama sbb sudi memasak utk kitorang semua..

Lain kali jemput lah ke rumah lagi...

Ang Pow RAya..


Hehehhe...tak sabarnyer nak raya...

Yelah tahun ni raya pertama as org yg bekerjaya..akhirnya dapat gak bagi duit raya kat bebudak...

Utk itu, SOT dah beli sampul duit raya KHAS POLISAS.... emmm tak sabar nak raya....

Adat Nenek Moyang: Meminang dan Bertunang


Selepas proses merisik, kini tiba pula proses meminang dan bertunang. Masyarakat kini lebih selesa menjalankan proses meminang dan bertunang sekaligus. Ada juga yg bertunang pada hari diijabkabul.

Pun begitu adat melayu sebenarnya membezakan proses meminang dan bertunang.

Selepas sahaja calon dipersetujui melalui adat merisik, wakil pihak lelaki yg biasanya dianggotai warga tua keluarga tersebut ke rumah calon penganti wanita utk meminang anak gadis tersebut.

Keluarga pihak perempuan akan diberi tempoh bertangguh utk memikirkan sama ada ingin menerima atau menolak perminangan tersebut. Adat ini menunjukkan sifat berhati2 kaum melayu dalam milih calon menantu.

Biasanya tempoh bertangguh tidak lebih dari seminggu. Sekiranya pihak perempuan bersetuju mereka akan ke rumah pihak lelaki menyatakan persetujuan.

Setelah itu barulah diadakan adat bertunang. Adat bertunang hanya dijalankan sekiranya tempoh majlis ijabkabul yg masih panjang. Adat ini sebagai tanda anak gadis tersebut sudah menjadi tunangan org.

Keluarga pihak lelaki akan datang membawa hantaran yg biasanya berjumlah ganjil dan akan di balas oleh pihak perempuan lebih sedikit jumlahnya. Tanda pertunangan biasanya cincin berbatu permata.

Sekiranya dalam tempoh bertunang, pihak lelaki memutuskan pertunangan, maka pihak lelaki tidak berhak meminta kembali barangan hantaran, namun jika pihak perempuan memutuskan pertunagan tanpa sebab, pihak perempuan perlu menggantikan barangan hantaran pihak lelaki sekali ganda.

SOT: semoga majlis pertunangan SOT akan berjalan lancar.

Baca artikel penuh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...