09 September 2008

Anak Kecil yg takutkan api neraka


Salam satu riwayat, sedang berjalan seorang lelaki tua, dier terlihat sorang kanak2 sedang berwuduk.. Kanak2 tersebut berwuduk sambil menangis...

"kenapa kamu menangis anak kecil" tya lelaki tua itu.

"saya sgt takutkan api neraka" jawab kanak2 tersebut.

"Kenapa kamu perlu takut, sedangkan kamu tahu kanak2 golongan yg dilindungi"

"Pakcik seorang yg bijaksana, tidakkah pakcik pernah melihat orang menyalakan unggun api? Mereka letakkan ranting2 kecil dahulu, barulah diletakkan kayu2 yg besar... Jadi sy sgt takut kepada api neraka" seraya kanak2 tersebut menjawab.

Sejurus itu, pakcik tua tersebut menitiskan air mata.. sedangkan kanak2 itu faham siksaan neraka, inikan pula org tua sepertinya..apakah nasib nyer di akhirat kelak...

sama-samalah kiter fikirkan...

Debaran Audit Dalaman Ke arah MS ISO 9001:2000

8.00am - Melangkah ke kelas E1003 dengan agak kurang bermaya (sbb tak bangun sahur)... Berdepan plak ngan student yg baru terkial2 nak siapkan report.. aku dah warning pagi ni diorang mesti hantar 5 report yg tak siap2 dah berminggu2.

10.00am - melangkah ke bilik KJ nak antar kunci makmal.."kak Yana, dah ader ke senarai nama lecturer yg akan di'audit'?" tya ku dengan penuh selamba. "Belum" kak Yana menjawab lagi selamba...hehheh...

10.02am - "Zul, ko kena audit"... Noni menegur di pertengahan tgga dengan nada separuh mengejek." Zuhaimi awak termasuk dalam senarai utk audit dalaman" kenyataan KAk Arni meneguhkan lagi hakikat...

10.05am - bergegas ke bilik KJ semula.. membuat semakan terakhir FRP... alhamdulillah..rasanyer semua dah lengkap.

10.10am - kembali ke bilik pensyarah...merisik khabar pada pensyarah lain proses audit dalaman ni..

"alah rilek ah biasa jek"
"emmm, ikut nasib gak dier nak tya aper"

10.20am - melupakan audit, bekerja mengeluarkan surat amaran pelajar sambil berYM ngan Cooi..."Eh eh...PB mana bleh tulis ngan pensil"... ha? alamak, masalah ni.

11.00 am - bergegas ke bilik KJ print semula borang PB, salin semula markah student... sambil menanda kertas ujian yg dah seminggu atas meja tak bertanda.. manalah tau auditor tanya plak nnt... "macam2 soalan dier bleh tya..klu barang rosak, nak isi borang aper?" soalan En Khamsan menimbulkan resah...tulah dulu org suruh study manual ISO buat tak tau jek...

1.15pm - menyeludup masuk ke bilik audit dan menggantikan borang PB dengan yg baru.

1.30pm - tiba di kuarters, amboi sedapnyer jemang tido..sambil duk tgk buletin 1.30, tangan dan otak sibuk menulis dan menghafal misi dan visi POLISAS..mana ah tau kot2 dier tya.

2.30pm - masuk kerje semula.. cuba bertenang n check ah email aper yg patut...

3.00pm - ke bilik audit, ops auditor tak datang lagi...

3.05pm - auditor masuk ke bilik audit..aku bagi salam n dijemput duduk..

"mana tarikh 27/8?.....ooo kat sini"
"ni footer PB awak salah ni"
"E2003A, mana tarikh laksana, walau Assist jek kena tulis"
"ok baiki PB n isi tarikh laksana E2003A"

3.15pm - bergegas ke meja baiki PB then lari turun ke bilik KJ print out...salin balik markah... check FRP lecturer main E2003A..masukkan tarikh.

3.45pm - ke bilik audit..mak aih diorang dah balik..penat jek aku buat...

4.00pm - tamat lah segala debaran....ish3

moral: ISO - Ini Susahkan Orang...hehheheh

05 September 2008

Drama Ramadhan - "Bila Aku Sudah Tiada"


Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung.. Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit.

Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Raiz bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa.

"Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya.

"Biasa la! zaman beredar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang.

"Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung.


" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja. "Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim. "Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!

"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar.

"Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan
tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..

Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya.Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah. "Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"

"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.

Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang
raya. Dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi."Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !

Moralnya: Jangan lupa kawan dan rajin-rajinlah bertanya khabar

Dipetik dari email yg diforward oleh Ashparina (yahoo group MBV syeksen 2)

Mencipta memori di Bulan Mulia

Sewaktu berterawih (malam 4) imam ader memberi sedikit tazkirah... dalam tazkirah yg hanya memakan masa 5 minit tersebut, beliau ader menyatakan bahawa, di bulan ramadhan penuh barakah ini, marilah kita sama2 mencipta memori...

Sebenarnya, dalam bulan ramadhan kali ini mmg byk memori yg SOT garapkan dalam kehidupan.

1. Berpuasa sebagai seorang yg bekerjaya agak mencabar - penat seh, byk keje...

2. Terpaksa masak utk berbuka - balik keje kul 5ptg, kelam kabut gi pasar then balik masak...huhuhu

3. Bangun awal pagi utk bersahur - bangun kul 4.30pg panaskan lauk pauk utk sahur...berat jek mata nak tido lagi...

Namun yg best nyer, ader member2 yg rajin 'menolong' kat dapur... sama2 riuh rendah menyediakan juadah berbuka... yg paling best., kejutkan diorang bangun sahur...punyerlah liat nak bangun...ish3 sabar jelah...

SOT: Alangkah baik nyer kalau duk ngan mama, takyah buat semua tu...huuhuhuhuhu

02 September 2008

Selamat Berpuasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...