18 January 2013

Kelahiran anak ke-2

Salam,

Mengumumkan anak kedua saya dan isteri telah selamat dilahirkan jam 1.13 ptg di Hospital Pakar PRKMUIP 16 Januari 2013.

Nantikan kisah saya pertama kali melihat kelahiran anak sendiri di dalam entry akan datang. Sekarang sedang berpantang. heheheh

Terima kasih atas doa kawan-kawan semua.

24 December 2012

Banjir di sekitar bandar kuantan

Salam,

Keadaan banjir di sekitar bandar Kuantan agak teruk juga.

Berikut dikongsikan gambar-gambar keadaan banjir di bandar Kuantan.

 
 Berhampiran Megamall

 Persimpangan berhampiran Kamdar

 Jalan Wong Ah Jang berhampiran Cowboy

Terminal Makmur

Jalan Besar (Jalan Mahkota)

Depan Kamdar, Persimpangan Terminal Makmur

Dasyat. Warga Kuantan dinasihatkan merujuk sumber yang sahih sebelum memulakan perjalankan ke bandar kuantan.

Rujuk laman berikut:




Aku nak balik dah ni... doakan yang terbaik yerk... nampaknya hujan belum berhenti...

Okbai..

Monday Blues: Tengkujuh, cuti dan aku...

Salam,

Kesejukkan... keadaan aku sekarang even aircond dah ditutup seawal pagi tadi.

Hujan mula turun dengan lebatnya sejak malam tadi. Kuantan kini menjadi kawasan tadahan hujan utama negara.

Hari ni, malah minggu ni, warga POLISAS pakat-pakat bercuti. Aku?

Xtually, aku sendiri duk bertanya pada diri sendiri, kenapa aku tak cuti? Dah kul 12.43 tengahari. Aku belum ada jawapannya.

Hujan masih turun dengan lebat dan renyai-renyai silih berganti.

Khabarnya jalan di depan POLISAS sudah dinaiki air, dan agak berbahaya kepada kenderaan kecil. City aku ni kategori kecil ker, separa kecil. hurmm.... takkan nak bermalam kat pejabat kot.

Sadis.

Kantin pon tutup. Nak makan apa lunch ni? Takde ker bomba or tentera nak jatuhkan makanan kat depat pejabat aku ni?

Lemau.

Keje banyak. Tapi malas giler nak wat dalam keadaan suhu dah suasana kerja yang serba serbi suram ni.

Arrrggghhhh.

Ada 4 jam lagi nak balik. Persoalannya, boleh balik ker ni? huhuhuhu

Jom layan gambar, musim hujan di polisas. Gambar direct dari HP tak di edit sebab MALAS.

Jam 8.00 pagi

Jam 12.30 tengahari

Salah satu kawasan pejalan kaki di POLISAS

Tasik POLISAS



 
Jangan merungut Encik Zuhaimi oi...

OKBAI.

12 December 2012

RabuBisu: Pelajar POLISAS sesi Dis 2012

Gambar diambil sewaktu Perasmian Minggu Transformasi Siswa.



Aku di atas pentas bersama ahli Mesyuarat Pengurusan POLISAS...

06 December 2012

Pesta Durian...

Salam,

Sedia maklum sekarang musim durian. Kali ni durian melimpah ruah di serata pelusuk Negeri Pahang.

Kat POLISAS ni pon terkena tempiasnya. Hari ni bau durian memenuhi ruang di mana-mana sahaja.

Alkisah, hari ni Persatuan Kakitangan POLISAS mengadakan jamuan bagi meraikan perpindahan Dato' Pengarah, Timbalan pengarah dan beberapa staf. Diorang tempah 500kg durian daripada FAMA. Hambuk ko, pakat mabuk durian lah kitorang.

Jom tengok gambar (malas edit, direct from HP)

 Sesiapa yang nak beli, boleh beli. 5 biji RM10. Pilih sendiri nak besar ke kecil.

 Yang ni percuma sahaja. Boleh makan banyak mana yang mampu. Macam-macam jenis, semua ada...


 Gigih kan staf-staf POLISAS menghentam durian..hehehhe...

Tamatlah riwayat 500kg durian....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...